Sunday, December 26, 2010

Kenapa orang dulu-dulu boleh tahan lama?

      Hahahaha...mesti korang dah fikir yang bukan-bukan kan? saje je letak tajuk macam tu...sebenarnya kadang-kadang terfikir jugak aku kenapa orang zaman dulu-dulu boleh hidup lama, maksud aku jangka hayat diorang panjang. Boleh tahan sampai 80-90 tahun dalam keadaan yang sihat dan xde sakit...sakit tua tu biasa lah..maksud aku penyakit kronik..kenapa?
      Entah kenapa atok aku semalam tiba-tiba nak cakap pasal benda nie pulak kan..dia mengadu kat aku yang lutut dia dah sakit-sakit, selalu kena pusing mata (dalam bahasa atok aku) ataupun dalam berlainan maksud ialah pening kepala..hehehe..Jadi, aku pun cakap lah kat dia..."ala..biasalah tok...dah tua mestilah ada sakit-sakit." aku cakap..dia pun tanya aku.."Aok nak tau knape orang zaman dulu-dulu boleh hidup lame?" aku dengan selamba jawab xtahu sebab aku malas nak berfikir panjang...=) aku pun tanya "Ngape tok?"
      Rupa-rupanya orang dulu-dulu nie...cara pemakanan diaorang jaga betul...lagi satu makanan dulu-dulu xtercemar. Maksudnya, zaman sekarang nie...nak 'gemokkan' cili, kobis, terung, timun, bayam, macam-macam lagilah sumenya pakai racun pakai baja. Betul x? Boleh dikatakakan 95% makanan seperti buahan dan sayuran menggunakan racun ... Jadinya kita pun makan dan makanan ni pun jadi darah daging kita meresap ke dalam tubuh...sebab tulah jangka hayat orang zaman sekarang nie pendek-pendek je..dalam 40-50 tahun...lagipun nabi pun dah bersabda...umur umat ku adalah antara 50-60 tahun...kalau lebih tu kira bonus lah...(betul ke ayat aku nie? Kalau salah sila betulkan)
      Kalau sakit pulak, contohnya pusing mata bak kata atok kau lah...terus je mencari ubat untuk dimakan, konon-kononnya ubat 2 boleh menyembuhkan penyakit pusing mata tu tadi...sedangkan setiap di dalam kandungan ubat itu terdapatnya dadah. Kalau demam contohnya, cari Panadol, pun dadah jugak. Yelah semua kandungan ubat tu xde lah banyak sangat dadah kan..tapi kalau dah hari2 demam? Hari2 makan Panadol? Haaaa...cuba fikir kejap...Sakit ape lagi? Sume kena makan ubat....Kalau orang zaman dulu sakit g cari herba cengkih ke, kayu manis ke macam2 lah xreti de aku..zaman dulu nak beli ubat mahal...orang kaya-kaya je yang mampu nak beli kan?

      Jadi pesan aku pada yang diluar sana, kalau ada sakit2 cube lah cari alternatif lain selain ubat klinik ataupun hospital...tapi kalau dah sesak sangat..nak buat macam mane kan...makan je lah ubat 2...doa dulu pada Allah..mintak disembuhkan, kemudian barulah makan ubat =)

 a) Aktiviti meracun boleh membahayakan banyak nyawa.
      

Friday, December 17, 2010

Kisah Pak Pandir


Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..

Thursday, December 16, 2010

Kisah Pak Pandir


Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

Wednesday, December 15, 2010

Kisah Pak Pandir

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."
=)

Thursday, December 9, 2010

Macam Artis???

Sementara nak menunggu waktu Isyak nie...baik gua ulas sikit pasal 1000 gitar UKM hari 2 kan...banyak pengajaran dan pengalaman yang gua dapat kat sane..Pertamanya, macam mane nak bace skor, pengalaman bermain gitar beramai-ramai dan yang paling best sekali...gua jumpe artis...nie first time jumpe artis...mase 2..gua macam biasa amik sit kat depan sekali sebab akk tu dah susun sit masing-masing...tengah leka gua nga petik gitar tiba-tiba gua dengar ada orang tengah seronok-seronok kat belakang.."Eh, mamat nie..dah lah datang lambat..lagi nak memekak pulak" cakap gua dalam hati...lepas tu gua toleh belakang...eh..macam kenal orang nie...muka dia bercahaya-cahaya beb...Allah...mesti banyak zikir brader nie...orang yang gua jumpe 2 rupenya Zua ahli kumpulan XPDC..perghhh...teruja beb..haha...siap duduk kat sebelah gua pulak 2...hohoho...suka2...gua salam-salam macam biasa..lepas 2 buat rilek je..macam member2..hahaha...lepas 2 asar gua g masjid UKM...abis je sembahyang gua nampak Zua duduk kat belakang masjid..lepas tu pegang tasbih..tengah zikir...patut lah muka dia bercahaya....memang bagus dia nie...rock-rock jugak...sembahyang tak tinggal...siap zikir lagi...respect gua kat dia...=)..ape-ape pun nie lah pengalaman yang paling manis dalam hidup gua..main gitar ngan artis...wuuuuhhhoooo....hahaha...ha..layanlah gambar kat bawah nie kalau xpercaya gua nie dah jadi artis...=P


a) Muka-muka peserta  pemain gitar 1000 UKM dari Institut Perguruan Islam...cayalah!!


b) Gua, Rudy (kristal), Ali (Xpdc), yang sorang ag 2..mamat mane ntah..xkenal..hahaha..(awi)


c) Member lame..jangan jeles AAaaaa..


d) Brader nie memang rock...sempoi je dia...rock oooohhh...


e) Rock-rock jugak bro...sembahyang jangan lupa...=)


f)Gua dah cipta record Malaysia...BERJAYA!!!

Wednesday, December 8, 2010

Cerita lawak seram

Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi,
jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan
gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat
jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul,
mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop
mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut
panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat
awek tu ” saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?”
awek tu jawab ” saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah
saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?”
“errrr…bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare”, mamat ni
takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirror
dia..alamak !!! mana pegi awek ni…” aaaaaaaaahhhhhhhh…tak kepala!!!
hantu tak de kepala!!!!
aaaaahhhhhhhhhhh!!!!” mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada
hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai
kedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah
mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia “naper abang pecut,
sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah
saya”, rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna
hitam, memanglah tak nampak kepala….

Tuesday, December 7, 2010

1000 gitar UKM

         Pada 20-25 hb November 2010 yang lalu...penulis bersama rakan-rakan yang lain telah berdafatar untuk menyertai Malaysian Guiness Book of Record yang bertempat di Bukit Jalil. Borang pendaftaran tersebut telah diberikan oleh Puan K atau dikenali sebagai Umi. Seramai empat orang pelajar Institut Perguruan Islam yang menyertai acara tersebut, antaranya ialah penulis sendiri, Nawawi, Farhan, Ihsan dan ditambah lagi dengan seorang ahli iaitu anak sedara Umi, Qayyum.
         20 - 23 hb November 2010 ialah hari latihan manakala pada 24 hb pula ialah raptai penuh dan 25 hb ialah hari acara berlangsung. Kami telah merancang untuk pergi pada awal pagi untuk sesi pendaftaran peserta. kami juga telah berkumpul di rumah penulis sebelum bertolak ke UKM untuk pendaftaran. 
         Setibanya kami di Ukm, kami telah diberikan skor muzik yang berisi ataupu dalam bahasa kampungnya ialah 'cord taugeh'. Penulis mula menunjukkan tanda-tanda untuk menarik diri setelah ditunjukkan borang skor tersebut akan tetapi urusetia telah memberikan pilihan samada mahu memilih borang skor tersebut ataupun ke sesi uji bakat. setelah berbincang, kami sebulat suara untuk memilih sesi uji bakat. setelah diuji bakat kami, penulis telah mendapat gitar ketiga, Nawawi mendapat gitar satu, manakala Qayyum dan Ihsan pula di gitar yang keempat. Untuk melayakkan kami untuk mencipta record tersebut, pemain gitar haruslah tidak kurang daripada 1000 orang peserta. maklumat yang terkini ialah dianggarkan bahawa seramai 12++ orang peserta yang hadir untuk mencipta record tersebut.
         Jadi, walaupun anda seorang yang tangan bangku, ataupun seorang yang handal bermain gitar seperti Jimmy Hendrix ke, Krk Hemmet ke, Slash ke, tak kisah lah. Sebab tak ada siapa yang peduli, janji 1000 orang peserta yang memegang gitar dan bermain mengikut recording yang dimainkan semula. Jadi, tiada soal siapa yang handal, siapa yang tidak di dalam hal ini=).
         Lagu tema untuk hari tersebut ialah 'Malaysia Inovatif 2010' dan lagu rasminya ialah '1000 gitar UKM'. selama tiga hari kami di sana makan minum serta penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak UKM sendiri. selain itu, kepada mereka yang tidak membawa gitar sendiri, pihak kebudayaan UKM telah menyediakan gitar untuk mereka yang tidak mempunyai gitar sendiri. 
         Sesi latihan diadakan pada waktu pagi, petang dan malam. Pada awalnya kami menghadapi kesukaran untuk menjalani latihan kerana tidak ada seorang pun yang tahu membaca skor tersebut melainkan hanya Nawawi seorang sahaja yang tahu. Akan tetapi setelah diajar beberapa kali dan usaha yang tabah oleh peserta-peserta 1000 gitar, maka skor itu menjadi mudah. Kami hanya memerlukan sehari setengah untuk 'master' lagu tersebut.
         Selang beberapa hari kemudian, kami telah dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang ternama dalam bidang seni muzik antaranya ialah Rudy dari kumpulan Kristal, Zua dari kumpulan XPDC, Ali dari kumpulan XPDC, dan katanya gitaris kummpulan Kopratasa juga telah hadir untuk menyertai Malaysian Book of Record ini. Satu tepukan gemuruh dan mereka yang hadir ini wajar dipuji kerana walaupun telah tersohor nama mereka dalam dunia hiburan tanah air kita, tetapi mereka tetap hadir bahkan duduk sebaris dengan para peserta. Mereka telah mengetepikan kehebatan mereka dan buang ego mereka sejauh-jauhnya dan berfikir dengan bijak untuk menyertai acara ini tanpa memikirkan reputasi mereka sebagai seorang artis. Mereka wajar dijadikan contoh kepada artis-artis yang lain yang hanya mementingkan publisiti dan wang ringgit sahaja. Syabas diucapkan kepada mereka!
         Pihak kebudayaan UKM telah bermurah hati dengan mengadakan cabutan bertuah semasa sesi latihan berlangsung dengan menghadiahkan sebuah gitar kepada calon-calon yang bertuah. Sebelum itu, para peserta telah diberikan tag peserta dan kami juga telah diberikan nombor. Nombor itulah yang harus disimpan untuk cabutan bertuah pada setiap sesi latihan. Gitar berjenama Santa Cruz menjadi habuan setiap peserta dan membuatkan hati para peserta berdebar-debar setiap kali nombor cabutan bertuah dicabut. Siapa yang tidak mauhan gitar free=). Santa Cruz pulak 2 hehe.
         Penulis juga sempat bergambar dengan beberapa artis yang lain=P....JANGAN JELES HAAA...hehe




a) Tag peserta 1000 gitar UKM


b) Para peserta 1000 gitar UKM


c) Bendera Malaysia Inovatif


d) Ragam peserta 1000 gitar UKM



e) Gua rock star beb!!


Permata yang hilang

Macan biasa aku baru balik dari kerja keras...buang pelepah sawit petang semalam..cuaca yang tak menentu kat sini membuatkan badan aku rasa xselesa...jadi..aku pun capai tuala...terus laju menuju ke pintu jamban...sedang leka aku bermandi-manda...sabun punya sabun...terlucut pulak cincin kat jari manis aku nei..terus je terjatuh dalam lubang jamban...aduii....macam suruh beli baru je...time duit nga xde ni lah jadi macam2 hal...xde cincin kat jari..xrock lah kalau nak main gitar nanti...hahaha....xpelah..beli lainlah jawabnya...

Saturday, December 4, 2010

Ujian


Masjid Jamek Sri Petaling pandangan dari dalam masjid

Baru-baru nie (baru xbaru jugak lah) aku pergi iktikaf di Masjid Sri Petaling...saje2..lepak2 kat situ...daripada xtentu hala...baik lepak kat masjid..ada faedahnya...kan=)...aktiviti pada hari tersebut macam biasa..tidur xhingat punya dengkur...satu masjid dengar...solat subuh...lepas tu dengar bayan Suboh...terkesan jugak bayan pagi tu kat hati aku ni...lepas tu aku pun ke belakang nak ambik beg aku...alih2..aku sedar beg aku 2 dah xde...kena sambar orang lah nie...aku rilek...xpanik...walaupun handfhone ngan beg duit aku ada kat dalam tu...tapi aku control...xmenggelabah...ape yang mampu aku buat mase 2? Hanya pasrah...berserah pada Allah...solat sunat hajat 2 rakaat...doa nangis2...lepas 2 aku pun baring kat dalam masjid tepi tiang tempat beg aku hilang tadi..tiba2 Azmer datang dia pulang kan beg kat aku..terus melompat aku yang tadinya baring..haha...suka lah beb jumpe balik barang yang hilang...aku check barang2 dalam beg aku tu...fhone dah xde ngan beg duit skali...nasib baik lah aku memang dah xde duit mase 2...ada pun RM 2 je..ha..ambik lah..rezki kau lah 2..aku kata..walaupun fhone aku dah hilang..tapi aku tetap gembira dan memanjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah kerana atas belas kasihanNya terhadap aku...dia temukan balik beg aku yang hilang...bukan mudah untuk berubah..kena tempuh banyak onak dan duri...ujian yang mencabar...sabar je lah menghadapi segala rintangan dan ujian...apa yang penting skali aku nak tekankan kat sini ialah walau macam mana pun susah kita...berdoalah dulu kepada Allah...kemudian baru ikhtiar nak buat ape..I.Allah..Allah akan permudahkan..=)

Friday, December 3, 2010

Malas...

Dari semalam lagi aku dah adjust blog aku ni..penat jugak kepala ni nak letak apa yang patut kat dalam blog aku nie....pagi nie..bangun tido aku g asah parang dulu...senjata kena tajam der...tidak kang nak menebas mcm mane kalau parang tumpul..xputus2 anak kayu 2 nanti...lepas 2 aku sambung adjust kasi sedap mata memandang bila aku nak baca balik blog aku kan...haha...asah parang tadi buat ape?xde buat ape pun...saje je asah...tapi malas nak g kebun....lagipun hujan renyai2...membuatkan mata aku pun mengantok..tido lagi best woooo ...=)

Friday, November 5, 2010

tingginya darjat menuntut ilmu

Rasullah bersabda : Tingginya darjat antara seorang yang alim (berilmu) dan abid (orang yang beribadat) ialah bagaikan ketinggian ku (nabi Muhammad) dan umattku yang terendah.
nak dijadikan cerita....carilah ilmu sebanyak mungkin.....mencari satu ilmu lebih baik daripada 100 rakaat solat sunat...tapi kalau xdiamalkan ilmu tersebut...adalah lebih baik 100 rakaat solat sunat daripada tidak mengamalkan ilmu yang telah dipelajari tadi...
kalau ada majlis ilmu kat mana2...cuba lawan nafsu 2..duduk bersama2 dalam majlis ilmu...sebab tingginya darjat seseorang yang berilmu itu...telah diberitahu oleh rasullah S.A.W. jadinya, cara yang paling diredhai oleh Allah ialah cara Rasullah...kalau kita ikut cara rasullah...i.allah..berjaya dunia dan berjaya di akhirat...
dan sesungguhnya syaitan itu lebih takutkan seorang alim daripada 100 orang abid...=)

Thursday, November 4, 2010

Garam dan langau

"kalau enkau tidak boleh memberi manfaat kepada orang ramai, maka janganlah engkau memberi kesusahan kepada mereka"
Ustaz yang ajar ilmu tasawwuf malam tadi ada bgtau...nabi bersabda kalau xboleh beri manfaat kepada orang lain, janganlah susahkan orang lain.
kita tengok masyarakat orang Melayu hari ni...dah lah xboleh jadi garam, lagi nak jadi langau. Maksudnya?
maskudnya, garam. Garam kalau letak kat ikan..jemurkan..boleh jadi ikan masin...sedap di makan...ok..2 cerita garam..
cerita langau pulak...kalau ikan yang baru disiang dihurungi langau...apo akan jadi pada langau tersebut? Busuk ye dak? Ha...sebab tu lah islam ni agama yang sempurna...penuh dengan ajaran yang suci....sbb 2 nabi kata...kalau xboleh bg manfaat pada orang lain...jangan buat rosak orang lain...pergi sana batu api orang nie...batu api orang 2....jadi rosak orang....kito nak jadi langau ko jadi GARAM? fikirkan......

Thursday, October 28, 2010

orang alim ulama' kata..kalau nak iman kita meningkat...kita kena selalu jumpa orang...cerita tentang kebesaran Allah...bila jumpa orang...baru ada kekuatan...bila ada kekuatan...nak buat ibadah senang...nak dakwah pun senang...cerita kebesaran Allah je...susah sangat ke?ntah lah...aku sendiri pun...nak ajak sorang g masjid pun...orang xnak ikut...susah2...
nak bezakan yakin dan percaya pulak.....senang je...kadang2 umat Islam sekarang nie cakap ye...percaya Kewujudan Allah....tapi xyakin Allah ada...bukti? Senang je...bile senang lupa Allah...bile susah baru terhegeh2...kalau nak mintak sesuatu...mintak kat makhluk...bukan pada Allah dulu...contohnya...bila sakit...demam ke...sepatutnya solat sunat dua rakaat...mintak Allah sembuhkan penyakit...kemudian..baru lah jumpa doktor mintak ubat..tapi kena yakin yang Allah yang sembuhkan semua penyakit...hmmmmmm...macam 2....beza antara yakin dan percaya pulak...contohya...saya seorang pemanah yang tepat...semua orang percaya yang aku nie seorang pemanah yang tepat..tapi bile aku panggil aku panggil seorang wakil letakkan buah oren..ataupun buah epal atas kepala orang 2..kemudian aku cakap aku nak aim kat buah oren/epal tadi..agak2 dia yakin x aku boleh buat mcm 2?
??????fikir2kan...

Tuesday, September 21, 2010

tekanan

Habis laju dah tangan aku taip menatang nie aku rasa.....pun xsempat nak anta esaimen En jaflus semalam...
aduii...penat je aku sengkang mata nie sampai pkl 3 pg...smbung pulak esoknya 2...alih2 pintu jabatan dah tutup....cibai betul!!
cikgu jaflus dengan bersenang lenang pergi rekreasi..kat pangkor....frust betul aku..

Saturday, September 18, 2010

Musuh tradisi

Macha....bola ada x?aku tanya kat macha kedai mamak kat belakang jusco..xdak2...ini hari wrestling juga ada....cilake!! sape nak tngok cite orang tua...aku nak tngok bola...bukak lah cha TV 1...ada bola...saat penting nie...bukan ape...N. Sembilan lwn Kelantan beb...musuh tradisi sampai dari dulu lagi..2 yang syok tengok 2 kan...xboleh tengok pulak sebb macha 2 nak tengok wrestling...ikutkan hati nak aje aku bakar kedai dia...eh2..ape bakar2 nie...ada org terasa nanti...hehehe...bey...kawe gura jah...
tapi apa2 puna aku puji team kelantan malam 2 sebab diorang memang main baik...tapi nasib menyebelahi N.9...biarlah main macam taik..hahaha..mintak maap N.9 gua terpaksa cakap....apa2 pun tahniah buat N.Sembilan sebab menag game hari 2...1 berbalas 0 menentang kelantan..N.sembilan 1, kelantan 0 =)



                              VS   

Dah besar dah korang yek?!

Aku penat la mok...perut dah kenyang nie..mata dah kuyu...tido cantek nie....malas betul aku nak g jumpe member2 lame waktu sekolah dulu..ala...jd..nak xnak..aku tahankan mata...jumpe jugak diorang nie...dah banyak tahun jugak xjumpe...dah alang2 raya..jumpe lah..bile ag kan..?! Budak2 sekolah agama ampangan dulu time aku form 3...dah besar2 dah diorang sume..hehehehe...rindu kat korang wehhh

                                  TAHUN DEPAN JUMPE LAGI.....BAWAK RAMAI2 SIKIT!!

Dari kiri aku sendiri, imah, jannah, mimie, najmi
Dari belakang hana dan farah..

Monday, July 26, 2010

Bola sepak atau sepak takraw? Mane yang kurang pakai duit?



kenapelah hati aku macam berat je nak main bola...sedangkan aku suka main takraw..."mat!! Jom lah main bola...lame dah xmain nie..."
Aku pun macam kena guna2...aku turutkan je hati member aku..yela...kang ape pulak diorang cakap kan....rembat kasut budin....hisap rokok sebatang...terus g padang main bola.....dalam perjalanan nak ke padang..aku senyum je lah kat Jang....besok kot aku main takraw....sampai je kat padang..aku dah mula carut2 dalam hati...cibai betul budak2 nie...ntah buat ape kat bilik agaknya...suruh main pun susah..bukan kena bayar ape2 pon....budak yang turun main tadi pun acuh xacuh je...boleh bilang guna jari..xramai!! aku pun main sambil lewa je tadi...xbersemangat macam dulu2..mase tengah hangat world cup dulu...ntah la...rasa macam ada yang xkena je...main punya main....sekali khalil tertendang pulak bola kat muka aku...cermin retak dua...bingkai bengkok sebelah...hmmmph...patut pun macam ada yang xsedap je dari tadi...abis....benda dah nak jadi...aku pasrah je lah...bukan salah khalil pun..aku pun satu...sejak azali lagi memang dah buta...kalau xde alat bantu penglihatan memang xnampak ape2 dah...fikir punya fikir..aku cakap ni agak2 kena buang dalam RM150 jugak lah.....haiiii...duit lagi..dah silap aku main pakai spec...lepas nie tobat dah nak main bola...biar lah sampai ke sudah aku main takraw je....bola tampar ke....sem nie..memang bukan sem aku...terpaksa buat satu lagi spec...ganti cermin yang retak 2 je......lepas kena tendang 2..aku bukak but bola...naik atas amik kasut nanyang...main takraw...lagi best!!=)

Monday, June 21, 2010

kecewa...

Hari khamis awal2 lagi aku dah telefon mak aku..mak..mamat nak ikut hantar Eqa g Kelantan..
dalam hati aku dah plan macam2 nak beli baju lah..kasut ke..g bundle ke..macam best je kan...
alih2 xdapat pergi sebab terjebak ngan pakcik aku...xpayah pergi lah mat..buat berat kereta ayah ko je..!!!
mak ayah ko pon bukan nak ko pergi...
hmmmph..penyudahnya aku xpergi lah...
akhirnya aku yg kecewa..igt pergi kelantan boleh lah g umah mak..xboleh upenya..

Thursday, May 13, 2010

Kenangan silam......

Gambar mase zaman matrix dulu mmg susah nak ingat la..adui...banyak pengalaman..pengajaran dan yang paling pening sekali ada ramai gadis...hahahaha..2 yang buat aku susah nak lupa tu..tapi..tu zaman dulu..bukan ape..cume rindu kat member lame je...syok jugak jumpe macam2 jenis orang..sporting..eh..macam2 lah....susah nak cite kat dalam blog nie...tapi nie hanyalah secebis rumusan yang dapat aku hasilkan melalui blog..cume aku sorang je yang tahu keadaan sebenar..suasana..pengalaman..nt sok2 aku cite lagi...tapi bg aku matrik...memang best..sempat la jugak aku wakil matrik pergi lawan bola tampar kat Changloon...syokkk wooohhh...ape2 pun aku memang rindu sangat kat bdk2 praktikum aku....mf2p1..

 Mase nie aku jd ketua kuliah..tu yg duk kat depan sekali 2..hehe

Cuba2..

Semua orang tahu rokok itu membahayakan kesihatan..tapi...aku nie mcm buat xpeduli je..alahai...dulu dah sekali berhenti rokok..lepas tu sambung balik..sangap weh lepas buat keja kebun xhisap rokok..rasa lain macam..nak2 lagi dah sudah makan sudah minum..macam ada je yang kurang..yaaa..tepat sekali..ROKOK..
tapi..aku nak cuba yang betul2 kali nie..berjaya ke x..aku pasrah..azam dan ntah la ape2..yang penting aku nak berhenti rokok..!!
aku ni dah tahap kronik dah merokok..orang kata memang hardcore lah..nak tau mase bile aku akan hisap rokok? ha..ni aku list kan :

1. Masa bangun tido hisap sebatang dulu.
2. Lepas mandi pagi2 hisap sebatang lagi.
3. Sebelum pergi kuliah sebatang lagi.
4. Masa rehat dalam pukul 10 macam tu.
5. Sebelum solat zohor.
6. Lepas solat zohor.
7. balik drpd kuliah petang.
8. Sebelum solat asar.
9. Sebelum turun main/ g padang.
10. Lepas bersukan kat padang (maghrib)
11. Sebelum pergi mandi malam.
12. Selepas solat maghrib sebatang lagi.
13. Lepak2 kang lepas maghrib nak kena lagi.
14. Sebelum tunggu makanan sampai.
15. Lepas makan nak rokok..xde rokok xlengkap hidup nie..hahaha
16. sebelum tido yang paling penting..

Kalau nak cite sampai besok pagi pun..ntah la..xabis agaknya..yela..aku start merokok dari darjah 6..skang nie dah 21 tahun dah..kire lah sendiri..senang cite rokok nie dah macam alat bantu oksigen dah bg aku....xde rokok...wuishhh xtau nak cakap ape..resah!!

aku harap azam yang kali nie berjaya....yeahhh!!

Sunday, May 2, 2010

Exam

kalah kalah jugak..tapi sok nak exam nie..aduii..satu benda pun gua xbace lagi..xpe lah gua pasrah..sok berbekalkan pen dgn pambaris sebatang..gua gagahkan hati jugak g jawab exam..harap2 lah xsusah mane sok...yang penting lulus..jadi lah...malam nie call bonda tercinta dulu..mintak berkat..agar lulus dengan cemerlang untuk peperiksaan yang kali ini...amiiinn...

Kalah =(

macam mane la liverpool boleh kalah nie..aduiii..sakit je ati gua..rasa macam nak je maki hamun..tapi nak buat mcm mane..kalah menang dah adat..lagipun hari 2 chelsea dah kalah pun dengan liverpool..hati ada remuk sikit la walaupun pernah menang ngan chelsea..tapi xpe..malam nie gua ngah tunggu man U lawan..harap2 man U kalah..baru puas hati gua..!!

Friday, April 30, 2010

Sunyi...

Hah!!ape cerita nie...baru la terhegeh-hegeh nak post..hehehe..aku bukan ape..aku lupe password ngan e-mail aku..tu yang xboleh nak log in tu...cheh...cakap macam la ramai sangat followers aku kat sini kan..hahahaha..lantak lah yang penting aku puas hati..boleh jinakkan hati yang sedang meronta-ronta untuk dilepaskan..dilepaskan dari ape?aku pun xtahu...
tapi yang penting aku puas sebab dah jumpe password nagn email blog aku yang baru...
YEAHHH!!!=)