1) Kita kena kenal sejarah sesuatu tempat sebelum pergi ke tempat tersebut untuk memancing.
2) Jangan hebohkan kepada orang ramai sekiranya ikan yang kita dapat tu banyak ataupun sikit. Sebabnya rezki tu Allah yang bagi, wajib untuk kita bersyukur lagipun rezki di dalam air, siapa yang tahu kan?
3) Sekiranya hasil tangkapan kita banyak pada hari tu, memadailah untuk hari itu, maksudnya kalau dapat ikan banyak hari ni, jangan timbul sifat tamak nak ikan lagi, sebaliknya ucaplah syukur kemudian terus pulang ke rumah.
4) Kalau kita memancing di laut ataupun di sungai, jangan sesekali menggunakan umpan yang berdarah seperti kepala ayam kepala itik ke ape2 saje lah umpan yang masih berdarah. Kerana itu adalah pantang larang ketika memancing. Kebanyakan makhluk halus tinggal di lautan, hutan belantara dan bukit bukau.
5) Kaji dahulu kawasan memancing untuk memudahkan pergerakan dan kita haruslah mesra alam iaitu kita mestilah kenal dengan alam dahulu sebelum kita turun memancing di situ.
6) Yang paling penting sekali ialah jangan sesekali bercakap besar dan ada sifat takbur di dalam diri kerana perkara ini adalah merupakan perkara yang dimurka oleh Allah dan takbur merupakan salah satu daripada syirik yang tersembunyi.
7) Jangan memancing di waktu tengah hari.
p/s : Banyak lagi pantang larang yang lain bila kita turun memancing. Bergantunglah pada orang yang bepengalaman dan tempat tersebut. Harap pantang larang ini dapat dijadikan sebagai nasihat untuk diri kita pada masa akan datang=)...ni pantang larang orang tua2...nak ikut boleh xnak ikut pun boleh asalkan xbercanggah dengan hukum syarak..kan?
No comments:
Post a Comment