Wednesday, January 19, 2011

Sudut Renungan : Akhlak Rasullallah

                                           

         Pada suatu hari, datanglah seorang Yahudi pergi berjumpa dengan Rasullah. Dengan muka yang bengis, dia mengeluarkan kata-kata yang agak kasar dan bertutur cara dengan bahasa yang kesat. "Hei Muhammad! Aku nak tuntut hutang aku!" katanya. Dia datang kepada Rasullallah dan menengking Baginda dengan kuat, sehingga para sahabat yang duduk dengan Baginda pun berasa tidak selesa dengan perlakuan yang ditunjukkan orang Yahudi tersebut terhadap Baginda. Lalu para sahabat pun bangun dan dek kerana marahnya terhadap orang Yahudi tersebut para sahabat ingin memukul orang Yahudi itu. Akan tetapi, Baginda rasullallah dengan tenang mententeramkan mereka dan berkata "Sesungguhnya orang itu mempunyai hak untuk berbuat demikian ke atas aku kerana aku berhutang dengannya." Lalu Baginda pun terus memerintahkan sahabat untuk mencari seekor unta yang sama nilainya dengan hutang Baginda terhadap orang Yahudi itu. Tidak lama kemudian, sahabat tadi datang semula menemui Rasullallah dan mengatakan bahawa untuk yang sedemikian telah habis dan yang tinggal hanya unta yang lebih besar dan mahal daripada nilai yang tadi. Lalu Baginda pun memerintahkan kepada sahabat tadi. "Belilah unta yang besar itu dan hadiahkanlah kepada orang Yahudi itu tadi."
         Rasullah ni, hidupnya miskin dan merupakan seorang yatim piatu. Sehinggakan ada satu kisah menceritakan bahawa Baginda telah menggadaikan baju besi yang digunakan oleh Baginda untu mencari gandum demi makan minum anak dan isteri-isterinya di rumah. Baginda juga seorang yang maksum. Terhapus daripada sebarang dosa, Baginda juga seorang kekasih Allah. Jika Baginda menadahkan tangan meminta gunung Uhud menjadi emas. Memang Allah kabulkan, betul? Tetapi, cuba lihat cara kehidupan Rasulallah, sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Akhlaknya pula cantik. Budi pekerti mulia dan tidak pecah amanah. Kerjanya pula? Dakwah tuan-tuan! Mana ada kerja Rasullah siang malam cari duit macam kita hari ini? Xcukup satu kerja buat dua kerja. Xcukup overtime buat part time. Xcukup kerja siang sambung sampai malam. Bila kita nak buat kerja untuk hari akhirat kita? Mari kita sama-sama fikir, risau pasal umat sebagaimana risaunya Nabi terhadap umatnya. Sama-sama kita azam =)

P/s : Betapa cantiknya akhlak Rasullallah terhadap orang yahudi tadi, walaupun Yahudi tadi datang menerpa ke arah Rasullallah dan menengking2 Baginda, tetapi Baginda tetap bersabar sedangkan Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah. Kalau kitalah berada di kedudukan Baginda tadi, rasanya dah lama orang Yahudi tadi tu makan guna tiub. Sebab teruk kena belasah dengan kita kan?=)

No comments:

Post a Comment