Tuesday, August 11, 2009

BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK "kedatangannya di raikan, pemergiannya ditatapi"

Sedar xsedar rupa-rupanya kita dah nak masuk bulan yang di nanti2 bulan yang penuh dengan kerahmatan dan penuh dengan pengampunan iaitu bulan ramadhan al-mubarak. Sememangnya dinanti2kan oleh penganut agama Islam. Sebenarnya bulan ramadhan ini bukan sahaja terpaksa untuk kita menahan lapar dan dahaga sahaja, bahkan juga mengajar serta menguji kesabaran kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kepada mereka yang tertinggal atau uzur di bulan puasa yang lepas, janganlah buat2 lupa pulak nak ganti. Sebenarnya kita harus bersyukur kerana tergolong di dalam umat nabi Muhammad SAW kerana bulan ramadhan ini merupakan bulan untuk umatnya. Allah telah meninggikan darjat umat nabi Muhammad sehinggakan menetapkan bulan tertentu untuk umat Muhammad SAW. Banyak kelebihan2 yang terdapat di dalam bulan ramadhan ini antaranya:

  1. Semua doa akan dimakbulkan oleh Allah dan hanya dengan izanNya.
  2. Terdapatnya malam lailatulqadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
  3. Bulan yang diturunkan al-quran
  4. Syaitan akan dirantai pada bulan ini.
  5. Banyak lagi lah susah nak cakap dek banyaknya.
  6. pahala amalan sunat akan dilipatkaligandakan.
  7. Dan banyak lagi.

Sepatutnya di dalam bulan puasa ini kita dapat berjimat-cermat kerana kita telah berpuasa selama sebulan, tetapi mungkin sebaliknya jika kita terlalu mengikut nafsu dengan berbelanja ketika membeli juadah untuk berbuka puasa. perkara yang seperti inilah yang perlu kita elakkan di bulan yang puasa ini. Akibatnya makanan yang berlebihan itu akan ke longkang kerana tidak habis dimakan. Jadi, sama2lah kita renungkan apakah persediaan kita untuk menghadapi bulan puasa kali ini?

2 comments:

  1. puasa tahun lepas yang terkantoi masih boleh di ganti-masih sempat.

    ReplyDelete
  2. awak 2...pose xpenuh2..tahun nie cube ye..

    ReplyDelete