Wednesday, September 16, 2009

Malaysiaku

Sekarang ni Malaysia sedang hangat dikutuk, dihina, dicaci dan macam-macam lagi. semua ini boleh dilihat di dalam blog malingsia. Saya tak tahu mulanya, tapi selepas membuka laman blog tersebut. Pergh!!! Hangat je telinga, rasa panas je kat cuping telinga ni. Rasa macam kita ni dipijak-pijak dan kemudianya dikencing di atas kepala. Kenapa benci sangat rakyat Indonesia terhadap rakyat Malaysia?Anda boleh lihat sendiri di laman blog malaingsia.blogspot. Yang paling saya geram ialah mereka meletakkan gambar babi sambil memegang bendera Malaysia. Mereka seolah-olah menghina masyarakat Islam di Malaysia kerana seperti mana yang kita tahu Masyarakat melayu Islam di Malaysia adalah merupakan bilangan yang paling ramai sekali di Malaysia.Mereka mengutuk sehabis mungkin sehinggakan menginginkan perang terhadap Malaysia. Cuba kita tengok berita baru-baru ni, rakyat Indonesia membuat tunjuk perasaan anti Malaysia di jalan raya. Mereka yang melilit kepala dengan kain merah putih sambil mebawa buluh runcing menahan semua kereta untuk mengesahkan samada mereka ini adalah warganegara Indonesia atau pun rakyat Malaysia dengan cara IC dan lesen kenderaan mereka diambil dan lesen. Adakah anda peka tentan isu ini? saya selaku rakyat Malaysia menentang sekeras-kerasnya perbuatan warga Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia sehingga mencetuskan ketidaksenangan serta akan membangkitkan kemarahan dan membawa kepada peperangan diantara kedua-dua belah negara. Ramai yang akan tersinggung dengan sikap Indonesia sehingga sanggup menbuat blog khusus untuk memburuk-burukkan Malaysia dan menghina nama baik Malaysia. Bagaimanakah Malaysia di mata dunia sekarang sekiranya Indonesia masih tetap memburuk-burukkan nama baik Malaysia di persada dunia? Kita sekarang ni sepatutnya memikirkan bagaimana untuk memerangi musuh Islam yang sebenarnya,itu yahudi dan nasrani, bukan bermusuhan sesama saudara kerana umat islam itu bersaudara. Kita sepatutnya lebih risaukan yahudi yang makin ramai bertapak di Palestin dan berapa ramai saudara-saudara kita yang diganyang oleh yahudi di palestin daripada kita sekarang ni daripada nak tunjuk kuat yang memang bukan pada masa dan tempatnya.

2 comments: