Friday, June 10, 2011

serba sedikit mengenai...Santau...



1) Santau bertuan ( ada Jin )
Santau bertuan bermaksud santau yang disertai dengan pemujaan jin, iblis dan syaitan. Biasanya santau ini mempunyai Jin Bersayap kategori Jin Angin yang menjaga santau yang dihantar terhadap mangsa santau.
2) Santau kosong ( tiada Jin )
Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan Jin dan syaitan menjaganya. Tetapi tetap dihantar secara ghaib atau diletakkan dalam makanan atau minuman oleh seseorang yang ingin menyantau orang lain.

Tanda-tanda terkena santau:
1.Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca atau miang buluh
2.Lenguh seluruh anggota badan
3.Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk
4.Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib
5.Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu ke tiga bulan atau lebih
6.Mimpi barang-barang seperti miang buluh dan ulat bulu
7.Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan duri
8.Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
9.Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut
10.Mimpi berjumpa dengan ular dan binatang menakutkan
11.Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi
12.Mimpi jumpa Paderi Kristian, Sami Budha atau mimpi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Kesan-kesan santau :
1.Hilang daya ingatan
2.Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t
3.Kulit boleh merekah serta keluar air dan nanah
4.Mendapat penyakit kulit yang berlarutan dan tidak sembuh dengan ubat hospital
5.Tabiat akan menjadi berubah, jika seorang yang sabar jadi panas baran
6.Bulu di seluruh badan selalu gugur, badan boleh jadi licin tiada bulu
7.Badan menjadi sedikit bongkok kesan akibat batuk berpanjangan
8.Kelopak mata menjadi kehitaman akibat dari tidur yang sering terganggu
9.Terjadinya Kanser dan ketumbuhan
10.Jika pesakit hamil maka mungkin berlaku keguguran

p/s : agak2 kalau tanda-tanda ini ada pada anda semua...hmmm...cepat2lah solat sunat dua rakaat dulu..doa, ikhtiar, baru tawakal..i.allah allah akan permudahkan...

No comments:

Post a Comment