Tuesday, June 19, 2012

KAPPA DESIGN (MINIMUM ORDER 8 HELAI)


KAPPA NEW DESIGN DESIGN
SMS/CALL : 0111-4794648
JERSEY : RM 32
NO + NAMA : RM 8
POS LAJU : RM 10
MINIMUM ORDER 8 HELAI
TEMPAH SEKARANG SEMENTARA STOK MASIH ADA










SAIZ : S, M, L XL

Sunday, June 17, 2012

F50 ADIDAS NEW DESIGN (MINIMUM ORDER 8 HELAI)

F50 ADIDAS NEW DESIGN (MINIMUM ORDER 8 HELAI)
JERSI : RM 28
NO + NAMA : RM 10
POS : RM 15
SELUAR : RM 14
STOKIN : RM  10
TEMPAH SEKARANG UNTUK TEAM ANDA SEMENTARA STOK MASIH ADA!!
CALL / SMS : 0111-4794648
















 SAIZ : S, M, L, XL

Saturday, June 16, 2012

TEMPAHAN JERSEY UNTUK TEAM ANDA (MINIMUM 8 HELAI)



FBT NEW DESIGN..(MINIMUM ORDER 8 HELAI)
JERSI : RM 30
NO+ NAMA : RM 10
POS :RM 10
SILA TEMPAH SEKARANG SEMENTARA STOK MASIH ADA
*HARGA BOLEH RUNDING=)
CALL / SMS : 0111-4794648









SAIZ : S, M, L, XL (MINIMUM ORDER 8 HELAI)
KUALA LUMPUR: “Apa juga alasan, sama ada kesunyian, diabaikan suami atau kurang kasih sayang, ia bukan sebab yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang di belakang suami.
“Namun bila perkara ini terjadi, seorang isteri harus meminta maaf daripada suaminya dan bertaubat bersungguh-sungguh meminta keampunan daripada Allah SWT.
“Jangan pandang mudah perkara ini. Apabila seorang isteri melangkaui batasnya, dia menggadaikan maruahnya, suami dan keluarga. Jadi, wanita yang berbuat sedemikian harus segera bertaubat,” kata Naib Presiden Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, (JIM) Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj.
Menurut Harlina, menjadi lumrah ada manusia tidak cukup dengan satu pasangan, namun ia bukan faktor mengapa seseorang itu harus berlaku curang terhadap pasangan.
“Lelaki dan perempuan sama saja. Masing-masing tidak puas dengan pasangan mereka, lebih-lebih lagi apabila berlaku masalah rumah tangga.
“Bagaimanapun, jika sesuatu masalah terjadi seperti diabaikan suami dan tidak diberi kasih sayang yang sepatutnya, seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar.
“Dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga, antaranya mengadakan perbincangan suami isteri dan kaunseling. Malah, kita ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah,” katanya.
Harlina berkata, pengetahuan dalam bidang agama sangat penting bagi membentuk diri dan keluarga, oleh itu apabila agama diketepikan, masalah sebegini pasti muncul.
“Mengikut sunnah nabi, seorang lelaki harus mencari wanita yang tahu agamanya. Jika tidak, masalah ini antara yang terjadi apabila wanita itu tidak mengetahui batasnya.
“Dalam apa juga perkara, agama harus menjadi pandu arah setiap insan. Jika agama dipandang ringan, kehidupan seseorang itu pasti terkeluar daripada landasan sebenar,” katanya

5 Perkara Yang Tidak Disukai Wanita Mengenai Lelaki

(1) Perhubungan- Wanita secara umumnya lebih terbuka untuk menceritakan mengenai perhubungan mereka terhadap rakan, keluarga dan sebagainya. Manakala lelaki pula lebih selesa untuk menyembunyikan perhubungan mereka. Disebabkan perkara inilah ramai wanita tidak suka mengenai lelaki. Mereka lebih merasakan bahawa jika seseorang lelaki menyembunyikan perhubungan, pasti lelaki tersebut mempunyai niat yang lain. Ia mungkin benar dan mungkin juga tidak. Mungkin lelaki tersebut mempunyai alasan yang tersendiri untuk menyembunyikannya.

(2) Diabaikan- Lelaki lebih gemar untuk menghabiskan masa mereka bersama rakan tetapi wanita pula lebih gemar untuk menghabiskan masa bersama pasangan. Perkara ini tidak disukai wanita kerana akan membuatkan mereka berasa terabai sekiranya lelaki gagal untuk menemani mereka.

(3) Persahabatan- Sesetengah wanita tidak suka melihat perhubungan pasangan mereka bersama rakan wanita yang lain. Adalah lebih teruk sekiranya mereka juga tidak suka melihat perhubungan pasangan mereka dan juga rakan lelaki. Ini disebabkan kerana lelaki kebiasaannya akan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan berbanding pasangan mereka sendiri. Perkara ini tidak disukai wanita kerana merasakan kedudukan mereka telah tergugat.

(4) Penipuan- Wanita tidak suka terhadap lelaki yang suka menipu. Sekiranya penipuan lelaki tersebut terbongkar, pasti kata-kata “lelaki semua sama” akan dilontarkan.

(5) Hubungan yang lalu- Wanita tidak suka apabila lelaki menceritakan mengenai perhubungan mereka yang lalu, berapa banyak teman wanita yang mereka telah ada dan sebagainya. Ia membuatkan mereka berasa meluat untuk mendengarnya kerana perkara tersebut adalah perkara yang paling tidak disukai wanita.


*Tapi aku xberapa setuju dengan no 2 tu...xberapa nak betul rasanya..hahaha..=D