(2) Diabaikan- Lelaki lebih gemar untuk menghabiskan masa mereka bersama rakan tetapi wanita pula lebih gemar untuk menghabiskan masa bersama pasangan. Perkara ini tidak disukai wanita kerana akan membuatkan mereka berasa terabai sekiranya lelaki gagal untuk menemani mereka.
(3) Persahabatan- Sesetengah wanita tidak suka melihat perhubungan pasangan mereka bersama rakan wanita yang lain. Adalah lebih teruk sekiranya mereka juga tidak suka melihat perhubungan pasangan mereka dan juga rakan lelaki. Ini disebabkan kerana lelaki kebiasaannya akan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan berbanding pasangan mereka sendiri. Perkara ini tidak disukai wanita kerana merasakan kedudukan mereka telah tergugat.
(4) Penipuan- Wanita tidak suka terhadap lelaki yang suka menipu. Sekiranya penipuan lelaki tersebut terbongkar, pasti kata-kata “lelaki semua sama” akan dilontarkan.
(5) Hubungan yang lalu- Wanita tidak suka apabila lelaki menceritakan mengenai perhubungan mereka yang lalu, berapa banyak teman wanita yang mereka telah ada dan sebagainya. Ia membuatkan mereka berasa meluat untuk mendengarnya kerana perkara tersebut adalah perkara yang paling tidak disukai wanita.
*Tapi aku xberapa setuju dengan no 2 tu...xberapa nak betul rasanya..hahaha..=D
No comments:
Post a Comment