Wednesday, January 5, 2011
Macam-macam
Hari ni bukak2 facebook je aku dah nampak berlambak mesej daripada kwn2 yang lain...hati suka lah....bile bukak je inbox tngok mereka reply " Ko jual ubat ape nie ma?"...dalam hati aku pun cakap..Eh? Bile mase pulak aku jual ubat nie...aku pun tngok lah ape dia yang aku hantar kat diorang nie? La....pil viagra rupenya...patut lah kena cemuh je....hahahaha...aku pun xtahu macam mane boleh send benda yang mcm 2 kat diorang masalahnya mesej 2 cikgu ngan lecturer aku pun dapat...ha...mendapat lah aku...hahaha...kelakar pun ada jugak...tapi hati tetap panas...
Tuesday, January 4, 2011
Sudut Renungan : 6 perkara
Antara enam perkara yang perlu kita ketahui mengenai amalan para sahabat ketika melakukan kerja dakwah :
1) Hakikat lailahaillallah muhammadurrasullallah.
2) Hakikat kusyuk di dalam solat.
3) Hakikat ikram muslimin
4) Hakikat ilmu dan zikir
5) Hakikat niat ikhlas
6) Hakikat dakwah dan tabhligh
Perkara-perkara di atas adalah merupakan perkara asas di dalam melakukan dakwah. Jadi, sama2lah kita sampai dan amalkan kepada rakan2 yang lain =)
Monday, January 3, 2011
Blog? Untuk ape?
Ramai yang tanya "kenapa kau buat blog mat?" aku pun xtahu kenapa..tapi yang penting seronok lah blog nie..boleh luahkan apa ilmu yang ada melalui blog dan boleh bertukar-tukar ilmu dengan orang lain..lagipun zaman sekarang nie dah maju kan....xkesah lah ape orang nak kata yang penting apa yang kita buat mesti ada tujuan..ymain point dia kat sini boleh tukar2 pendapat dan juga boleh berkongsi ilmu pengetahuan kan?
Jadi tahun nie..kalau boleh tiap2 minggu aku nak post banyak2 entri yang berguna dan kalau boleh lah xnak biarkan blog aku nie lame terperuk je..xde entri yang baru...hehehe..ape2 pun ag idup ag ngalaban...hahaha..
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011!!!
Sunday, January 2, 2011
Bayan Maghrib semalam...
Kita sebagai manusia di dunia ini telah ditugaskan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini musuh yang nyata bagi manusia adalah Syaitan. Oleh yang demikian, manusia xakan terlepas daripada bisikan dan hasutan syaitan walaupun sesaat. kerana memang syaitan ini ditugaskan untuk menyesatkan manusia dan apabila manusia terhasut oleh bisikan syaitan ini, maka kita akan melakukan dosa. (sebab syaitan ini menyuruh manusia kepada melakukan dosa). Jadi, pada satu hari, ada sahabat rasullah pernah jalan melepasi kubur seseorng lalu dia pun menangis dengan tangisan yang bersungguh2 sehingga basah janggut beliau. Lalu para sahabat yang lain pun bertanya mengapa dia menangis? Dia pun menjawab " ini merupakan persinggahan yang pertama, kalau gagal di persinggahan ini, maka akan gagal lah segalanya di sana". Ucapnya. Oleh yang demikian, sesuailah kita pada tahun baru ini. setiap manusia akan menanam azam masing2 sempena tahun baru.
Persoalannya, azam yang macam mana? Jadi saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian yang terbaca entri blog saya ini dan juga sebagai peringatan kepada saya sendiri marilah kita sama-sama azam untuk mengurangkan perbuatan dosa. Hal ini kerana azab di akhirat kelak sungguh pedih. Api neraka telah dibakar selama 3000 tahun akhirat. 1000 tahun yang pertama, apineraka dibakar sehingga apinya menjadi warna merah. 1000 yang kedua api neraka dibakar menjadi warna biru dan 1000 tahun yang terakhir api neraka dibakar menjadi warna hitam. Ulama' kata hitamnya api neraka itu sehinggakan kita tidak dapat melihat tangan kita sendiri di dalam api neraka tersebut dek kerana hitamnya api tersebut. Panasnya api neraka pula, kalau terkeluar api sebesar hujung jari kelingking kita di bumi ini maka nescaya akan matilah seluruh pokok-pokok yang berada di bumi ini. Jika baju neraka dipakaikan di bumi ini pula, ulama' kata akan hancur binasalah bumi menjadi debu. Betapa dahsyatnya api neraka itu.
Jadi, matahari yang juta2 tahun jaraknya dari bumi ini pun dah panas, inikan pula api neraka. Kalau lighter nak cucuh rokok pun dah panas kalau terkena jari, inikan pula api neraka tuan2...Di tahun baru ini, saya mengajak kawan2 semua menanam azam untuk cintakan Allah dan jauhi segala larangannya. Buatlah kebaikan dan amal ibadah selagi hayat dikandung badan, selagi tubuh masih gagah perkasa. Jangan kita tunggu usia dah lanjut baru nak beramal ibadah. Kerana masa 2 badan dah xkuat nak buat kerja2 ibadah ni..Jom sama2 kita tanam azam yang macam ni di tahun baru 2011 ini =)
Selamat datang tahun 2011 selamat tinggal 2010.....
Sunday, December 26, 2010
Kenapa orang dulu-dulu boleh tahan lama?
Hahahaha...mesti korang dah fikir yang bukan-bukan kan? saje je letak tajuk macam tu...sebenarnya kadang-kadang terfikir jugak aku kenapa orang zaman dulu-dulu boleh hidup lama, maksud aku jangka hayat diorang panjang. Boleh tahan sampai 80-90 tahun dalam keadaan yang sihat dan xde sakit...sakit tua tu biasa lah..maksud aku penyakit kronik..kenapa?
Entah kenapa atok aku semalam tiba-tiba nak cakap pasal benda nie pulak kan..dia mengadu kat aku yang lutut dia dah sakit-sakit, selalu kena pusing mata (dalam bahasa atok aku) ataupun dalam berlainan maksud ialah pening kepala..hehehe..Jadi, aku pun cakap lah kat dia..."ala..biasalah tok...dah tua mestilah ada sakit-sakit." aku cakap..dia pun tanya aku.."Aok nak tau knape orang zaman dulu-dulu boleh hidup lame?" aku dengan selamba jawab xtahu sebab aku malas nak berfikir panjang...=) aku pun tanya "Ngape tok?"
Rupa-rupanya orang dulu-dulu nie...cara pemakanan diaorang jaga betul...lagi satu makanan dulu-dulu xtercemar. Maksudnya, zaman sekarang nie...nak 'gemokkan' cili, kobis, terung, timun, bayam, macam-macam lagilah sumenya pakai racun pakai baja. Betul x? Boleh dikatakakan 95% makanan seperti buahan dan sayuran menggunakan racun ... Jadinya kita pun makan dan makanan ni pun jadi darah daging kita meresap ke dalam tubuh...sebab tulah jangka hayat orang zaman sekarang nie pendek-pendek je..dalam 40-50 tahun...lagipun nabi pun dah bersabda...umur umat ku adalah antara 50-60 tahun...kalau lebih tu kira bonus lah...(betul ke ayat aku nie? Kalau salah sila betulkan)
Kalau sakit pulak, contohnya pusing mata bak kata atok kau lah...terus je mencari ubat untuk dimakan, konon-kononnya ubat 2 boleh menyembuhkan penyakit pusing mata tu tadi...sedangkan setiap di dalam kandungan ubat itu terdapatnya dadah. Kalau demam contohnya, cari Panadol, pun dadah jugak. Yelah semua kandungan ubat tu xde lah banyak sangat dadah kan..tapi kalau dah hari2 demam? Hari2 makan Panadol? Haaaa...cuba fikir kejap...Sakit ape lagi? Sume kena makan ubat....Kalau orang zaman dulu sakit g cari herba cengkih ke, kayu manis ke macam2 lah xreti de aku..zaman dulu nak beli ubat mahal...orang kaya-kaya je yang mampu nak beli kan?
Jadi pesan aku pada yang diluar sana, kalau ada sakit2 cube lah cari alternatif lain selain ubat klinik ataupun hospital...tapi kalau dah sesak sangat..nak buat macam mane kan...makan je lah ubat 2...doa dulu pada Allah..mintak disembuhkan, kemudian barulah makan ubat =)
a) Aktiviti meracun boleh membahayakan banyak nyawa.
Friday, December 17, 2010
Kisah Pak Pandir
Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?
Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.
Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"
Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?
Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.
Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"
Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..
Thursday, December 16, 2010
Kisah Pak Pandir
Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."
Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"
"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



