Saturday, January 15, 2011
Jam
Lepas kerinduan aku semalam ngan budak2 nie...awi dah bising2...tangan dah gatal lah ape lah...lepas pukul 12 malam nie kita gerak laju g SRS studio...pergi jamming!!! Yeah....kitorang tgu poie abis pekomperi dulu...lepas 2 baru jalan...aku ingatkan yang datang 2 ahli band je...rupenya paan bassist utama membawa rodong2nya satu kereta...wah...macam nak pergi kendurilah pulak aku cakap...xpelah...dah diorang nak datang...ikut jelah...igt nak main sejam je...tapi awi mintak main 2 jam...terpaksa lah kitorng main walaupun tgn masing2 dah kebas dah...main punya main....sedar2 dah pkl 3.15 pagi..kenape abg nie xbg sign suruh berenti nie..aku pun naik hairan...rupa2nya abg 2 dah bantai membuta kat ruang tamu sbb nak tgu kitorg nie abis jam...sian brader 2..tgu lame...yang aku kesiankan anak bini diorang pun tido kat luar same ikut bapak dia bukak kedai...tapi abg 2 memnag baik walaupun kitang main lebih daripada 2 jam..tapi bayaran yang dikenakan tetap jugak seperti 2 jam...maksudnya rm50 je...sebab sejam rm25..kira ok lah 2...rezki kitaorang..kan..abis..lepak2 g kedai mamak jap..pekena roti sekeping dua..lepas 2 cabut..dalam pukul 4 jugak sampai maktab..dek kerana mengantok yang teramat sangat aku pun tido..sbb mata dah xtahan lagi untuk berjaga panjang...pg nanti pukul 11 kena pergi bilik muzik nak buat demonstrasi bermain gitar kat pelajar2 baru yang nak join pekomperi...terima kasih di ucapkan kepada poie kerana memberi peluang kepada kami untuk membuat demonstrasi tersebut....abis event 2 je aku pun cabut balik rumah nak balas dendam sebab semalam xdapat tido yang cukup=)
Saturday, January 8, 2011
Pantang larang ketika pergi memancing..
Bagi kaki-kaki pancing di luar sana, saya telah mendapat satu ilmu baru berkenaan pantang larang ketika kita pergi memancing. Ilmu ni pun saya baru dapat sebab baru je minat dan baru je cuba-cuba memancing ikut orang lama pergi laut..biasalah orang tua2 kan, pengalaman banyak. Okey, antara pantang larangnya ialah :
1) Kita kena kenal sejarah sesuatu tempat sebelum pergi ke tempat tersebut untuk memancing.
2) Jangan hebohkan kepada orang ramai sekiranya ikan yang kita dapat tu banyak ataupun sikit. Sebabnya rezki tu Allah yang bagi, wajib untuk kita bersyukur lagipun rezki di dalam air, siapa yang tahu kan?
3) Sekiranya hasil tangkapan kita banyak pada hari tu, memadailah untuk hari itu, maksudnya kalau dapat ikan banyak hari ni, jangan timbul sifat tamak nak ikan lagi, sebaliknya ucaplah syukur kemudian terus pulang ke rumah.
4) Kalau kita memancing di laut ataupun di sungai, jangan sesekali menggunakan umpan yang berdarah seperti kepala ayam kepala itik ke ape2 saje lah umpan yang masih berdarah. Kerana itu adalah pantang larang ketika memancing. Kebanyakan makhluk halus tinggal di lautan, hutan belantara dan bukit bukau.
5) Kaji dahulu kawasan memancing untuk memudahkan pergerakan dan kita haruslah mesra alam iaitu kita mestilah kenal dengan alam dahulu sebelum kita turun memancing di situ.
6) Yang paling penting sekali ialah jangan sesekali bercakap besar dan ada sifat takbur di dalam diri kerana perkara ini adalah merupakan perkara yang dimurka oleh Allah dan takbur merupakan salah satu daripada syirik yang tersembunyi.
7) Jangan memancing di waktu tengah hari.
p/s : Banyak lagi pantang larang yang lain bila kita turun memancing. Bergantunglah pada orang yang bepengalaman dan tempat tersebut. Harap pantang larang ini dapat dijadikan sebagai nasihat untuk diri kita pada masa akan datang=)...ni pantang larang orang tua2...nak ikut boleh xnak ikut pun boleh asalkan xbercanggah dengan hukum syarak..kan?
Friday, January 7, 2011
Rokok murah
Dalam surat khabar telah menyatakan bahawa di dalam kandungan rokok murah terdapatnya bahan-bahan yang beracun yang boleh membahayakan perokok-peroko khususnya di Malaysia ini. Antara jenama rokok tersebut ialah rokok League. Rokok ini menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah kerana harganya yang murah berbanding harga rokok-rokok yang lain yang terdapat di pasaran sekarang. Para saintis telahpun membuat kajian dan telah mengesahkan kandungan rokok-rokok murah yang terdapat di Malaysia ini mempunyai kandungan racun yang boleh mendatangkan bahaya kepada perokok.
Wednesday, January 5, 2011
Macam-macam
Hari ni bukak2 facebook je aku dah nampak berlambak mesej daripada kwn2 yang lain...hati suka lah....bile bukak je inbox tngok mereka reply " Ko jual ubat ape nie ma?"...dalam hati aku pun cakap..Eh? Bile mase pulak aku jual ubat nie...aku pun tngok lah ape dia yang aku hantar kat diorang nie? La....pil viagra rupenya...patut lah kena cemuh je....hahahaha...aku pun xtahu macam mane boleh send benda yang mcm 2 kat diorang masalahnya mesej 2 cikgu ngan lecturer aku pun dapat...ha...mendapat lah aku...hahaha...kelakar pun ada jugak...tapi hati tetap panas...
Tuesday, January 4, 2011
Sudut Renungan : 6 perkara
Antara enam perkara yang perlu kita ketahui mengenai amalan para sahabat ketika melakukan kerja dakwah :
1) Hakikat lailahaillallah muhammadurrasullallah.
2) Hakikat kusyuk di dalam solat.
3) Hakikat ikram muslimin
4) Hakikat ilmu dan zikir
5) Hakikat niat ikhlas
6) Hakikat dakwah dan tabhligh
Perkara-perkara di atas adalah merupakan perkara asas di dalam melakukan dakwah. Jadi, sama2lah kita sampai dan amalkan kepada rakan2 yang lain =)
Monday, January 3, 2011
Blog? Untuk ape?
Ramai yang tanya "kenapa kau buat blog mat?" aku pun xtahu kenapa..tapi yang penting seronok lah blog nie..boleh luahkan apa ilmu yang ada melalui blog dan boleh bertukar-tukar ilmu dengan orang lain..lagipun zaman sekarang nie dah maju kan....xkesah lah ape orang nak kata yang penting apa yang kita buat mesti ada tujuan..ymain point dia kat sini boleh tukar2 pendapat dan juga boleh berkongsi ilmu pengetahuan kan?
Jadi tahun nie..kalau boleh tiap2 minggu aku nak post banyak2 entri yang berguna dan kalau boleh lah xnak biarkan blog aku nie lame terperuk je..xde entri yang baru...hehehe..ape2 pun ag idup ag ngalaban...hahaha..
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011!!!
Sunday, January 2, 2011
Bayan Maghrib semalam...
Kita sebagai manusia di dunia ini telah ditugaskan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini musuh yang nyata bagi manusia adalah Syaitan. Oleh yang demikian, manusia xakan terlepas daripada bisikan dan hasutan syaitan walaupun sesaat. kerana memang syaitan ini ditugaskan untuk menyesatkan manusia dan apabila manusia terhasut oleh bisikan syaitan ini, maka kita akan melakukan dosa. (sebab syaitan ini menyuruh manusia kepada melakukan dosa). Jadi, pada satu hari, ada sahabat rasullah pernah jalan melepasi kubur seseorng lalu dia pun menangis dengan tangisan yang bersungguh2 sehingga basah janggut beliau. Lalu para sahabat yang lain pun bertanya mengapa dia menangis? Dia pun menjawab " ini merupakan persinggahan yang pertama, kalau gagal di persinggahan ini, maka akan gagal lah segalanya di sana". Ucapnya. Oleh yang demikian, sesuailah kita pada tahun baru ini. setiap manusia akan menanam azam masing2 sempena tahun baru.
Persoalannya, azam yang macam mana? Jadi saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian yang terbaca entri blog saya ini dan juga sebagai peringatan kepada saya sendiri marilah kita sama-sama azam untuk mengurangkan perbuatan dosa. Hal ini kerana azab di akhirat kelak sungguh pedih. Api neraka telah dibakar selama 3000 tahun akhirat. 1000 tahun yang pertama, apineraka dibakar sehingga apinya menjadi warna merah. 1000 yang kedua api neraka dibakar menjadi warna biru dan 1000 tahun yang terakhir api neraka dibakar menjadi warna hitam. Ulama' kata hitamnya api neraka itu sehinggakan kita tidak dapat melihat tangan kita sendiri di dalam api neraka tersebut dek kerana hitamnya api tersebut. Panasnya api neraka pula, kalau terkeluar api sebesar hujung jari kelingking kita di bumi ini maka nescaya akan matilah seluruh pokok-pokok yang berada di bumi ini. Jika baju neraka dipakaikan di bumi ini pula, ulama' kata akan hancur binasalah bumi menjadi debu. Betapa dahsyatnya api neraka itu.
Jadi, matahari yang juta2 tahun jaraknya dari bumi ini pun dah panas, inikan pula api neraka. Kalau lighter nak cucuh rokok pun dah panas kalau terkena jari, inikan pula api neraka tuan2...Di tahun baru ini, saya mengajak kawan2 semua menanam azam untuk cintakan Allah dan jauhi segala larangannya. Buatlah kebaikan dan amal ibadah selagi hayat dikandung badan, selagi tubuh masih gagah perkasa. Jangan kita tunggu usia dah lanjut baru nak beramal ibadah. Kerana masa 2 badan dah xkuat nak buat kerja2 ibadah ni..Jom sama2 kita tanam azam yang macam ni di tahun baru 2011 ini =)
Selamat datang tahun 2011 selamat tinggal 2010.....
Subscribe to:
Posts (Atom)