balik dari pangkor aku mula fikir balik apa yang x kena dengan amalan aku hari2...hmmmm..baru aku tersedar rupa-rupanya aku xjaga solat aku dengan baik..ada kecacatan kat solat aku..mesti punya lah..sebab 2 lah kena bala macam2 kat aku nie...aku jadi kan kemalangan kalai ni sebagai pengajaran kepada aku, lain kali nak turun kayak ikat dulu spec siap2..dan yang paling penting sekali, solat aku kena jaga baik2...kena korban lagilah duit elaun aku yang akan datang nie..nak beli spec baru...adoii
Sunday, April 3, 2011
musibah? salah siapa?
sampai hari ini aku masih terkenang kan spec mata aku yang lama. ceritanya macam ni, masa pergi pulau pangkor hari tu, ada ujian amali kayak. jadi kami pun buat lah amali tersebut kat tengah lautan. naik kayak kat tengah laut tau, bukan kat gigi pantai. partner aku masa tu zulhelmi, kami panggil gemok je dia tu. setelah penerangan yang panjang lebar dibuat oleh Hj kamarudin salah seorang lecrurer kami, ujian pun bermula. aku lepas nak naik kayak 2 sebab aku duduk kat belakang ataupun dipanggil sebagai sternmen. yang gemok pulak duk kat depan ataupun dipanggil sebagai bowman. masa dia nak masuk dalam kokpit 2 dia boleh berdiri pulak. tu yang buat kayak jadi xstabil lalu kami pun capsise, kayak pun terbalik. masa terbalik 2 aku dah sedar paddle aku dah hilang dari tangan aku. cepat2 aku menyelam dengan harapan paddle 2 jumpa balik. selam punya selam, gemok cakap paddle 2 ada kat dia. aku xsedar pulak spec aku dah terjatuh kat dalam laut. adoiiii..banyak lagi aktiviti yang nak kena buat ni. abseiling lagi, snookerling lagi. nak balik kang macam mane. nak buta ujian kayak lagi. arggghhhh...dah semak dah kepala aku nie...dah lah spec aku ni bukannya murah. semua mahal2...5 6 ratus jugak lah kalau nak buat baru...nasib baik aku ada bawak spec yang satu lagi. tapi spec 2 bukan digunakan untuk buat aktiviti lasak. jahanam lah spec baru aku nie...harga yang baru ni pulak rm600. dah habis dah elaun aku kat situ je..
Saturday, April 2, 2011
laporan Pendidikan Luar siri pertama PISMP 2011
setelah 6 hari berada di pulau pangkor, balik jugak aku ke maktab nie...lega rasanya. syukur pun ada..bukan apa..letih betul g pangkor..sangat2-sangat letih..kena lanyak kaw2 punya..bayangkan aktiviti kembara kena jalan-jalan satu pulau pangkor..daripada hujung sampai ke pangkal. jalan-jalan bukan naik kenderaaan kereta ke, motor ke...tapi jalan kaki. wah...dah rasa macam nak tercabut je patela aku nie..tapi semalam paling aku xpuas hati sikit...asyik kena 'tiaw' je ngan lecturer..dah sape suruh nak jadi ciku kan...nasib lah...mulanya lecturer nak suruh kami berkayak sekeliling pulau..tapi ombak kuat dah macam kat hawaii pulak aku rasa...jadi aktiviti kayak pun cancel...nak buat macam mane..sabar je lah..bersyukur jugak aku sebab nak kayak satu pulau xterdaya de nak buat...je lah...dah name pun pendidikan luar, tido pun mane boleh macam kat umah. nak terbongkang sesuka hati. tido paling lama pun 2 jam je..2 pun dah lame dah..itu pasal lah aku ngah pening-pening lalat ag nie..sebab dah 6 hari aku xcukup tido weh...ngantokk gile!!!
kena duty pulak malam2 2 yang paling aku benci sekali..sebab xde masa nak tido..kena jaga keselamatan ahli2 khemah...tension betul lah...tapi tension2 aku pun hari nie aku dah sampai kat katil aku yang empuk lagi mengghairahkan...aku nak balas dendam aku kat sane dan aku balas kat sini...nak membuta sehari suntuk...kena topup balik tido yang xcover 2..cukuplah sampai kat sini saja..sebab aku dah xtertahan mengantok yang amat sangat...k..salam...bye=)
Friday, March 11, 2011
Bencana melanda
pagi ni bangun tidur je aku dah mula rasa cuaca yang agak menyejukkan dan suram je...sebab hujan tadi kot. aku rasa malas je nak pegi sekolah hari nie...aku pun hairan lah sebab kawasan Kuala Pilah ni susah nak hujan sebab kat sini memang telah ditandakan sebagai kawasan kering. sampai ke petang hujannya. tadi tengok berita terkejut aku negara Jepun di landa Tsunami yang mempunyai skala yang paling tinggi sepanjang zaman iaitu 8.9skala ritcher. patutlah rasa nak tidur je hari nie...
hmmmm...kalau kita perasan lah..sejak akhir2 nie..mesti akan ada bencana akan melanda di dunia kita nie...kalau dulu tsunami kat indonesia, sampai terkena tempiasnya di negara kita sendiri. dan macam2 lagilah. tengok kuasa Allah nak musnahkan sesuatu kaum je...sekejap je sampai bencana. 2 baru hari kiamat? cepat2 kita taubat selagi ada masa.
BREAKING NEWS-Tsunami 2011
Sendai, 11 March-Negara jepun dilanda Tsunami yang terburuk sekali yang pernah dicatatkan iaitu setinggi 8.9 skala ritcher. Angka ini merupakan angka yang paling tinggi yang pernah dicatatkan dalam 140 tahun. Ombak setinggi 7 meter telah melanda negara tersebut. Kejadian tersebut merupakan kejadian gempa bumi yang paling terburuk pernah berlaku sejak 70 tahun yang lalu. Sebanyak 53 buah negara yang dijangka akan terkena tempiasnya Tsunami ini. Amaran telah dikeluarkan di seluruh negara yang
Thursday, March 10, 2011
sk senaling
Hari ni pecah rekod dalam seminggu sebabnya kehadiran aku pada hari ini full dari pagi sampai petang. agak sedih jugak..sebab sekolah 2 memang best..pengetua, GPK HEM, GPK Koku pun best...cikgu yang majoritinya berasal daripada negeri sembilan...datang2 je cikgu dia dah buat lawak...pecah perut aku..hehehe..ape2 pun memang best lah sekolah kebangsaan senaling ni..=)
bukan apa, hari jumaat hari last kenalah datang full day kan, sebab dari hari isnin aku isi borang kehadiran pukul 7.30, pukul 9.00 pagi dah balik..hahaha...g mancing semestinya kat Machap. port memnag best. tapi toman banyak. kacau sume ikan2...geram aku. sebab mancing daripada tengah hari sampai ke malam xde hasil....arghhhh...ape2 hal pun memang best g sekolah...xsabar aku nak posting nie..
Monday, February 14, 2011
Sudut Renungan : Sunnah nabi

Selalunya pada hari ulang tahun kelahiran baginda nabi Muhammad S.A.W sepatutnya disambut oleh semua orang yang beragama Islam. Dan kita sepatutnya menghayati perjuangan baginda untuk menyebarkan usaha dakwahnya yang membawa Islam ke seluruh dunia. Nak buat perarakan tu bukan xboleh..boleh je..tapi lagi elok lah kita cuba azam untuk mengubah diri kita dan cuba untuk hidupkan sunnah baginda di dalam kehidupan sehari-harian.
Sebabnya di dalam setiap sunnah itu adalah kejayaan. Kalau kita ikut sunnah nabi Muhammad dalam hidup kita, BARULAH ADA KEJAYAAN..BETUL X? xpercaya? Cuba kita lihat pada hari ini pada waktu tidur kita. Adakah kita mengamalkan sunnah baginda ketika hendak tidur? Sepertinya tidur diatas tulang rusuk kanan dan menghadap ke kiblat, kemudian berwuduk sebelum tidur, baca doa tidur, baca ayat kursi, baca surah 3 qul, berzikir sebelum tidur? Ada? Kalau ada syukur alhamdullillah...tapi kalau xde?
Adakah kita ini merupakan seorang yang cintakan nabi kita? Sambut bagai nak rak tapi sunnah baginda sikit pun xnak ikut. Ada yang mengatakan kuno lah, xde masa lah, nak cepat lah dan bertubi-tubi alasan yang akan diberikan. Macam mana dikatakan mengikut sunnah itu merupakan satu kejayaan? Cuba kita tengok salah satu sunnah baginda iaitu tidur di atas tulang rusuk kanan.
Apa sebab baginda syorkan tidur dalam posisi yang sedemikian? Sebabnya jantung kita ni dah mula berdegup waktu kita di dalam perut ibu kita lagi xpernak berhenti langsung melainkan mati sahaja betul? Jadi, struktur jantung kita ini terbahagi kepada 2 iaitu jantung kiri dan kanan. Kalau kita belajar biologi, kita akan tahu bahawa jantung di sebelah kiri lebih besar daripada jantung di bahagian kanan. Kerana jantung di bahagian kirilah ditugaskan untuk mengepam keseluruh badan. Jadi dia ni kena kerja kuat sikit sebab nak pam darah yang beroksigen ke seluruh badan. Sebab tulah kita disyorkan oleh baginda untuk tidur dalam posisi yang seperti yang telah diajarkan oleh baginda.
hal ini adalah kerana dalam posisi yang macam 2, kita dapat rehatkan jantung kiri kita daripada bekerja dengan lebih kuat lagi. Cuba bayangkan kita tidur di atas tulang rusuk kiri? Sudah tentu kita akan memberikan tekanan yang lebih pada jantung kiri. betul? Jadi, ilmu yang nabi dapat 2 sebenarnya daripada siapa? Allah sebenarnya yang telah mengajarkan segala macam ilmu kepada baginda untuk menjadi ikutan oleh umatnya, kitalah. Tapi kita xnak ikut. Bongkak. Nak jugak ikut cara barat. Berkiblatkan Barat sangat.
Eh kawan-kawan, tahu x..kalau orang yang mengidap penyakit jantung, doktor akan menyarankan kita agar tidur dalam posisi ini. Hah! Doktor cakap baru kita nak ikut. Nabi punya cakap kita xnak ikut. Jadi aku pun malas nak tulis panjang2...kita pun dah besar panjang. kita boleh berfikir. Samada nak ikut cara nabi atau nak ikut cara yahudi laknat. Kalau nak berjaya, JOM SAMA2 IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. Iallah akan berjaya di dunia dan di akhirat. Sebab para sahabat yang lain ikut cara nabi dah pun berjaya di dunia lagi, sehingga mendapat title radiallah hu anhu..ha....kat akhirat apatah lagi...
sudut renungan : Apa yang kita dah buat?
Subscribe to:
Posts (Atom)