Monday, June 21, 2010

kecewa...

Hari khamis awal2 lagi aku dah telefon mak aku..mak..mamat nak ikut hantar Eqa g Kelantan..
dalam hati aku dah plan macam2 nak beli baju lah..kasut ke..g bundle ke..macam best je kan...
alih2 xdapat pergi sebab terjebak ngan pakcik aku...xpayah pergi lah mat..buat berat kereta ayah ko je..!!!
mak ayah ko pon bukan nak ko pergi...
hmmmph..penyudahnya aku xpergi lah...
akhirnya aku yg kecewa..igt pergi kelantan boleh lah g umah mak..xboleh upenya..

Thursday, May 13, 2010

Kenangan silam......

Gambar mase zaman matrix dulu mmg susah nak ingat la..adui...banyak pengalaman..pengajaran dan yang paling pening sekali ada ramai gadis...hahahaha..2 yang buat aku susah nak lupa tu..tapi..tu zaman dulu..bukan ape..cume rindu kat member lame je...syok jugak jumpe macam2 jenis orang..sporting..eh..macam2 lah....susah nak cite kat dalam blog nie...tapi nie hanyalah secebis rumusan yang dapat aku hasilkan melalui blog..cume aku sorang je yang tahu keadaan sebenar..suasana..pengalaman..nt sok2 aku cite lagi...tapi bg aku matrik...memang best..sempat la jugak aku wakil matrik pergi lawan bola tampar kat Changloon...syokkk wooohhh...ape2 pun aku memang rindu sangat kat bdk2 praktikum aku....mf2p1..

 Mase nie aku jd ketua kuliah..tu yg duk kat depan sekali 2..hehe

Cuba2..

Semua orang tahu rokok itu membahayakan kesihatan..tapi...aku nie mcm buat xpeduli je..alahai...dulu dah sekali berhenti rokok..lepas tu sambung balik..sangap weh lepas buat keja kebun xhisap rokok..rasa lain macam..nak2 lagi dah sudah makan sudah minum..macam ada je yang kurang..yaaa..tepat sekali..ROKOK..
tapi..aku nak cuba yang betul2 kali nie..berjaya ke x..aku pasrah..azam dan ntah la ape2..yang penting aku nak berhenti rokok..!!
aku ni dah tahap kronik dah merokok..orang kata memang hardcore lah..nak tau mase bile aku akan hisap rokok? ha..ni aku list kan :

1. Masa bangun tido hisap sebatang dulu.
2. Lepas mandi pagi2 hisap sebatang lagi.
3. Sebelum pergi kuliah sebatang lagi.
4. Masa rehat dalam pukul 10 macam tu.
5. Sebelum solat zohor.
6. Lepas solat zohor.
7. balik drpd kuliah petang.
8. Sebelum solat asar.
9. Sebelum turun main/ g padang.
10. Lepas bersukan kat padang (maghrib)
11. Sebelum pergi mandi malam.
12. Selepas solat maghrib sebatang lagi.
13. Lepak2 kang lepas maghrib nak kena lagi.
14. Sebelum tunggu makanan sampai.
15. Lepas makan nak rokok..xde rokok xlengkap hidup nie..hahaha
16. sebelum tido yang paling penting..

Kalau nak cite sampai besok pagi pun..ntah la..xabis agaknya..yela..aku start merokok dari darjah 6..skang nie dah 21 tahun dah..kire lah sendiri..senang cite rokok nie dah macam alat bantu oksigen dah bg aku....xde rokok...wuishhh xtau nak cakap ape..resah!!

aku harap azam yang kali nie berjaya....yeahhh!!

Sunday, May 2, 2010

Exam

kalah kalah jugak..tapi sok nak exam nie..aduii..satu benda pun gua xbace lagi..xpe lah gua pasrah..sok berbekalkan pen dgn pambaris sebatang..gua gagahkan hati jugak g jawab exam..harap2 lah xsusah mane sok...yang penting lulus..jadi lah...malam nie call bonda tercinta dulu..mintak berkat..agar lulus dengan cemerlang untuk peperiksaan yang kali ini...amiiinn...

Kalah =(

macam mane la liverpool boleh kalah nie..aduiii..sakit je ati gua..rasa macam nak je maki hamun..tapi nak buat mcm mane..kalah menang dah adat..lagipun hari 2 chelsea dah kalah pun dengan liverpool..hati ada remuk sikit la walaupun pernah menang ngan chelsea..tapi xpe..malam nie gua ngah tunggu man U lawan..harap2 man U kalah..baru puas hati gua..!!

Friday, April 30, 2010

Sunyi...

Hah!!ape cerita nie...baru la terhegeh-hegeh nak post..hehehe..aku bukan ape..aku lupe password ngan e-mail aku..tu yang xboleh nak log in tu...cheh...cakap macam la ramai sangat followers aku kat sini kan..hahahaha..lantak lah yang penting aku puas hati..boleh jinakkan hati yang sedang meronta-ronta untuk dilepaskan..dilepaskan dari ape?aku pun xtahu...
tapi yang penting aku puas sebab dah jumpe password nagn email blog aku yang baru...
YEAHHH!!!=)

Wednesday, September 16, 2009

Seronok bertukar Gian.

Hari ni kelas ckgu Jaflus ada macam xada je. Sebabnya beliau kata beliau tidak mahu mengajar pada hari ini dan hanya ingin memberi sedikit nasihat dan peringatan sebelum kita pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya. dalam hati aku pun cakap "Bagus jugak ni, haha".





Yang bermain di benak fikiran aku hanyalah pulang beraya dikampung.


Walaubagaimanapun, aku tetap mendapat input yang berguna pada hari ini, iaitu "jagan sesekali kita dekati dadah". Itulah yang dipesan oleh ckgu Jaflus kepada kami. Sekali kita terjebak dengan dadah, dia akan datangnya seronok, apabila seronok semakin menjadi, dia akan datang kepada gian dan akhirnya kita terpaksa mengambil bahan-bahan kimia yang terlarang iaitu dadah ini sepanjang hayat kita. Bukan itu sahaja, jika kita telah ketagih dengan dadah ini, kita terpaksa mengambil bahan-bahan ini sebagai "makanan ruji" sehari-harian untuk dijadikan sebagai syarat untuk menghilangkan rasa ketagih yang hanya sekejap. Lepas tu, bersiap sedia lah untuk bertemu dengan ajal kita.
Oleh yang demikian, pada kawan2 di luar sana. JAUHKANLAH DIRI DARIPADA DADAH. SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.