Friday, November 25, 2011

NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU
Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taalatidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. 
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! " 

Sunnah Nabi : jangan makan atau minum sambil berdiri/baring.

Kongsikanlah. Dalam hadis disebutkan“Janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan ditapis oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh tahan ) dan menutup.


APAKAH SEBABNYA/HIkMAHNYA SUNNAH NABI?MARi kiTA LIHAT kajian DI BAWAH INI :

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada 

‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum automatik masuk tanpa ditapis lagi. Terus menuju kandung kencing. Ketika menuju kandung kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Karana banyak sisa-sisa yang kotor di ureter inilah awal mula munculnya kesakitan.

Betul, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang paling bahaya. Akibatkannya karana akan susah kencing, jelas hal ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.:
"Bahwa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahwa hal itu lebih buruk."


Pada ketika duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan cepat ke dasar usus, merempuhnya dengan kuat, jika hal ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan melar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Ingat ketika darurat!

Manusia pada saat berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada waktu makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada waktu duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan siap untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang disantap pada waktu berdiri, boleh terkesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. Refleksi ini apabila terjadi secara cepat dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara kerap berterusan membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahwa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berbentukan dengan makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada waktu berdiri disertai pengerutan otot pada tenggorokkan yang menghalangi jalannya makanan ke usus secara mudah, dan terkadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa ketika makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertekuk lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk berbaring (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara berbaring" (HR Bukhar).

Bila kita tetap berdegil membiasakan makan atau minum sambil berdiri dalam jangka masa panjang, kerengsaan sel-sel kerongkong ini akan berakumulasi dan menyebabkan kanser saluran esofagus. Cara mencegah reflux asid perut ini adalah dengan makan sambil duduk.

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata: "Bagaimana dengan makan?" beliau menjawab: "Itu lebih buruk lagi". (HR.Muslim dan Turmidzi)

Friday, November 18, 2011

Last gig to remember


sedar xsedar dah nak abis dah senior sem 8..rasa macam kejap je..rasa macam semalam je aku baru jumpa dengan poie...aduiiii...best drummer aku=)...apa2 pun memang enjoy gile sepanjang kemasukan poie ke dalam band Dignify nie...dan gambar yang kat atas 2 merupakan gambar last gig kami di SRS studio..hahaha..gig lah sangat...kami merindui kau poie...selamat berjuang di pentas keguruan di luar sana..banyak lagi cabaran dan halangan yang kena kau tempuh....

Friday, October 21, 2011

Kiamat...bilakah masanya?! Apa tandanya?


Calvary Church 6 tingkat ini bakal menjadi kompleks gereja yang terbesar di Asia...See More

Tanda-tanda besar Hijaunya bumi Arafah. Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi. Keluar asap tebal dibumi Hijaz. Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40. Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia. Berlaku perang besar dikawasan Kaukasus. Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah. 3 kali gempa bumi. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj. Bermulalah kekuasaan Dajjal. Munculnya Imam Mahdi. Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan Yakjuj dan Makjuj. Matahari terbit dari ufuk barat. Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua Tanda-tanda kecil Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi. Penaklukan Baitulmuqaddis “ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] ” Zina bermaharajalela[perlu rujukan] “ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ” Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu rujukan] Bermaharajalela alat muzik[perlu rujukan] “ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ” Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan] “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ” Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan] “ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ” Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan] Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu rujukan] “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ” Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu rujukan] “ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ” Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan] “ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ” Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan] “ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ” Bulan sabit kelihatan besar[perlu rujukan] “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ” Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita “ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ” Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar “ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ” Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ” Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan] Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan] “ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ” Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan] “ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ” Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. -hadis bawah- Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat. -hadis bawah- Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi. -hadis bawah- Orang akan melakukan homoseksual. -hadis bawah- Akan terdapat ramai anak luar nikah. - Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.) Berkurangnya sifat amanah -hadis bawah- Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang) -hadis bawah- Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya -hadis bawah- Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya -hadis bawah- Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid -hadis bawah- Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik -hadis bawah- Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya “ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ” [perlu rujukan] Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan -hadis bawah- Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara... -hadis bawah- Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang) -hadis bawah- Memandang rendah kepada darah “ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat

Thursday, October 20, 2011

Kecemasan

Ajal maut, jodoh, rezki semuanya di tangan Allah..
kita sebagai manusia gunakanlah sebaiknya masa yang ada..
selagi kita hidup..banyakkan amal...
selagi muda...rebutlah peluang...untuk saham dunia dan akhirat..
baru tadi classmate aku..ayah dia masuk ICU..wad kecemasan..kami satu kelas dah rancang nak pergi melawat ayah dia kat Hospital Besar Seremban...baru je nak bertolak..kami dapat berita yang ayah dia dah stabil..syukur alhamdulillah...jadi..nak pergi pun kami dah lewat..sebab daripada Bangi kalau bertolak pukul 6 lebih xsempatlah nak melawat ayah dia sebab waktu melawat tamat pada pukul 7...xapelah...apa2 pun doa kami sekelas agar ayah Farah cepat sembuh seperti sediakala. Amin...kau kena kuat Farah...k..

Monday, October 3, 2011

Kebebasan

apakah keinginan kau?
inginkan kebebasan?
kebebasan yang bagaimana....
tidak berlandaskan dengan peraturan hidup...
kehidupan umpama roda,
berputar,
kadang kala di atas, adalakanya kita dibawah
waktu kita di atas kita disanjung dimuliakan 
dengan kata-kata penuh penipuan,
penuh pendustaan,
untuk mendapatkan perhatian, 
kepentingan dan habuan diri,
memenuhi tembolok yang xpernah kenal erti kepuasan
melengkapkan nafsu yang xpernah rasa letih...
itu yang kau inginkan?
kalau itu jalan yang kau pilih, maka teruskan..
kerana aku yakin,
itu semua tiada hasilnya..
hanya penat dan kegelapan 
yang menanti di hadapan...
itulah kebebasan yang kau pilih...
keseronokan yang engkau katakan..
maut yang menanti....
tunggulah hari pembalasan..
yang tidak engkau sangkakan..
entah bila menjelangnya..
hari kematian!!!

Kesal....

Kadang2 orang xfaham perasaan kita,
kerana mereka hanya memahami,
tapi tidak cuba mendalami,
kalau kerja macam kuli,
tapi hasilnya hanya maki dan caci,
mana perginya rasa belas dan ihsan seorang manusia?
sudah luput ditelan arus kemodenan,
pembangunan modal insan yang entah kemana,
itu semua hanyalah kegagalan,
jika kita masih menanti menunggu harapan,
hasil tidak datang bergolek,
tanpa secebis pengorbanan,
mengapa perlu marah?
kerana perasaan dendam dan benci,
menebal di dalam sanubari,
yang tidak dapat disental dengan.....
kemaafan dan keampunan....
hhhhhhhhhhaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiii........
nasiblah kau badan...
aku hanya berangan-angan..
angan-angan yang xkesampaian...
hanya omong kosong yang aku lontarkan...
untuk membukukan luahan hati dan perasaan.