Thursday, March 10, 2011

sk senaling

Hari ni pecah rekod dalam seminggu sebabnya kehadiran aku pada hari ini full dari pagi sampai petang. agak sedih jugak..sebab sekolah 2 memang best..pengetua, GPK HEM, GPK Koku pun best...cikgu yang majoritinya berasal daripada negeri sembilan...datang2 je cikgu dia dah buat lawak...pecah perut aku..hehehe..ape2 pun memang best lah sekolah kebangsaan senaling ni..=)
 bukan apa, hari jumaat hari last kenalah datang full day kan, sebab dari hari isnin aku isi borang kehadiran pukul 7.30, pukul 9.00 pagi dah balik..hahaha...g mancing semestinya kat Machap. port memnag best. tapi toman banyak. kacau sume ikan2...geram aku. sebab mancing daripada tengah hari sampai ke malam xde hasil....arghhhh...ape2 hal pun memang best g sekolah...xsabar aku nak posting nie..

Monday, February 14, 2011

Sudut Renungan : Sunnah nabi

       
          Selalunya pada hari ulang tahun kelahiran baginda nabi Muhammad S.A.W sepatutnya disambut oleh semua orang yang beragama Islam. Dan kita sepatutnya menghayati perjuangan baginda untuk menyebarkan usaha dakwahnya yang membawa Islam ke seluruh dunia. Nak buat perarakan tu bukan xboleh..boleh je..tapi lagi elok lah kita cuba azam untuk mengubah diri kita dan cuba untuk hidupkan sunnah baginda di dalam kehidupan sehari-harian.
         Sebabnya di dalam setiap sunnah itu adalah kejayaan. Kalau kita ikut sunnah nabi Muhammad dalam hidup kita, BARULAH ADA KEJAYAAN..BETUL X? xpercaya? Cuba kita lihat pada hari ini pada waktu tidur kita. Adakah kita mengamalkan sunnah baginda ketika hendak tidur? Sepertinya tidur diatas tulang rusuk kanan dan menghadap ke kiblat, kemudian berwuduk sebelum tidur, baca doa tidur, baca ayat kursi, baca surah 3 qul, berzikir sebelum tidur? Ada? Kalau ada syukur alhamdullillah...tapi kalau xde?
         Adakah kita ini merupakan seorang yang cintakan nabi kita? Sambut bagai nak rak tapi sunnah baginda sikit pun xnak ikut. Ada yang mengatakan kuno lah, xde masa lah, nak cepat lah dan bertubi-tubi alasan yang akan diberikan. Macam mana dikatakan mengikut sunnah itu merupakan satu kejayaan? Cuba kita tengok salah satu sunnah baginda iaitu tidur di atas tulang rusuk kanan.
          Apa sebab baginda syorkan tidur dalam posisi yang sedemikian? Sebabnya jantung kita ni dah mula berdegup waktu kita di dalam perut ibu kita lagi xpernak berhenti langsung melainkan mati sahaja betul? Jadi, struktur jantung kita ini terbahagi kepada 2 iaitu jantung kiri dan kanan. Kalau kita belajar biologi, kita akan tahu bahawa jantung di sebelah kiri lebih besar daripada jantung di bahagian kanan. Kerana jantung di bahagian kirilah ditugaskan untuk mengepam keseluruh badan. Jadi dia ni kena kerja kuat sikit sebab nak pam darah yang beroksigen ke seluruh badan. Sebab tulah kita disyorkan oleh baginda untuk tidur dalam posisi yang seperti yang telah diajarkan oleh baginda.
         hal ini adalah kerana dalam posisi yang macam 2, kita dapat rehatkan jantung kiri kita daripada bekerja dengan lebih kuat lagi. Cuba bayangkan kita tidur di atas tulang rusuk kiri? Sudah tentu kita akan memberikan tekanan yang lebih pada jantung kiri. betul? Jadi, ilmu yang nabi dapat 2 sebenarnya daripada siapa? Allah sebenarnya yang telah mengajarkan segala macam ilmu kepada baginda untuk menjadi ikutan oleh umatnya, kitalah. Tapi kita xnak ikut. Bongkak. Nak jugak ikut cara barat. Berkiblatkan Barat sangat. 
         Eh kawan-kawan, tahu x..kalau orang yang mengidap penyakit jantung, doktor akan menyarankan kita agar tidur dalam posisi ini. Hah! Doktor cakap baru kita nak ikut. Nabi punya cakap kita xnak ikut. Jadi aku pun malas nak tulis panjang2...kita pun dah besar panjang. kita boleh berfikir. Samada nak ikut cara nabi atau nak ikut cara yahudi laknat. Kalau nak berjaya, JOM SAMA2 IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. Iallah akan berjaya di dunia dan di akhirat. Sebab para sahabat yang lain ikut cara nabi dah pun berjaya di dunia lagi, sehingga mendapat title radiallah hu anhu..ha....kat akhirat apatah lagi...            









sudut renungan : Apa yang kita dah buat?


Manusia akan bernafas dan menghembuskan nafas hari-hari tanpa henti melainkan dah mati. Semasa menyedut nafas, kita akan menyerap gas oksigen dan menghembuskan gas karbon dioksida. Secara puratanya manusia akan bernafas sebanyak 4320 setiap jam. Dan setiap daripada nya akan di hitung atau dihisab oleh Allah di akhirat nanti. Allah akan bertanya apakah yang kita dah buat setiap kali kita bernafas? Cuba fikirkan bersama...

fadhilat solat isyak secara berjemaah

Selalu kita sembahyang...kita tahu xapakah ganjaran nya? Bukan apa, manusia nie suka tentang kelebihan..contohnya apakah kelebihannya jika kita menabung?haa...tu lah maksud aku..jadi aku nak share sikit mengenai fadhilat solat isyak secara berjemaah..ganjarannya ialah akan diampunkan seluruh dosa kita pada hari ini dan akan datang seperti bayi yang baru lahir. Jadi, rajin2kanlah kita untuk pergi solat Isyak secara berjemaah di masjid..kat rumah bukan xboleh, tapi Allah lebih suka jika kita solat di dalam jemaaah yang besar. Kat rumah pun boleh jugak buat solat jemaah kan..tapi, berapa kerat je jemaahnya kalau buta kat rumah kan?hahaha...lagipun rasullah pun sembahyang fardhu di masjid xbuat kat rumah. Sembahyang kat rumah baginda ada buat, tapi solat sunat je...=)..diharap selepas ni kita akan menjadi rajin ke masjid untuk solat secara berjemaah sebab dah tahu apa kelebihannya jika kita buat sesuatu ibadah tersebut..kan?



Wednesday, January 19, 2011

Memberi Salam merupakan pengistiharan Islam

Salam memiliki 3 tingkatan, tingkatan yang paling tinggi, paling sempurna dan paling utama adalah ‘Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh’, kemudian yang lebih rendah daripadanya ucapan ‘assalamu’alaikum warohmatullah’ dan terakhir yang paling rendah adalah ‘assalamu’alaikum’. Seseorang yang mengucapkan salam (Musallim), boleh jadi mendapatkan ganjaran yang sempurna dan boleh jadi mendapatkan ganjaran di bawahnya, sesuai dengan salam yang dia ucapkan.” Hal ini sesuai dengan kisah tentang seorang lelaki yang masuk ke dalam masjid dan saat itu Rasulullah dan para sahabat-sahabatnya sedang duduk-duduk, berkata lelaki tadi, “Assalamu’alaikum”, maka Nabi menjawab, “wa’alaikumus salam, sepuluh atasmu”, kemudian masuk lelaki lain dan berkata, “Assalamu’alaikum warohmatullah”, Rasulullah menjawab, “Wa’alaikumus Salam warohmatullah, dua puluh atasmu”. Tidak lama kemudian datang lagi seorang lelaki sambil mengucapkan “Assalamu’alaikum warohmaatullahi wabarokatuh”, maka jawab Rasulullah, “Wa’alaikumus Salam warohmatullahi wabarokatuh, tiga puluh atasmu”. (HR Abu Dawud dan Turmudzi), yang dimaksudkan adalah sepuluh, dua puluh dan tiga puluh kebaikan.
ADAB-ADAB SALAM
1.  Disunnahkan tatkala bertemu dua jenis orang di jalan, iaitu orang yang berkenderaan supaya memberi salam kepada yang berjalan kaki, yang sedikit kepada yang ramai dan yang muda kepada yang tua. Bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Hendaklah salam bagi yang berkenderaan kepada pejalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang ramai.” (HR. Muslim).
2.  Sayogiyanya orang yang hendak memberikan salam kepada kaum muslimin dengan mengucapkan salam dan bukan dengan ucapan ‘selamat pagi’ atau ‘selamat datang’ ataupun ‘hello’, hendak dia memulainya dengan salam kemudian baru dia boleh menyambutnya dengan sapaan yang diperbolehkan di dalam Islam.
3.  Disukai bagi seorang muslim yang akan masuk ke rumahnya, mengucapkan salam terlebih dahulu, kerana sesungguhnya berkah itu turun beserta salam, bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika engkau hendak masuk ke rumahmu, hendaklah engkau salam, nescaya berkah akan turun kepadamu dan keluargamu.” (HR Turmudzi). “Dan jika tidak ada seorangpun di dalamnya, maka ucapkan, Assalamu’alainaa ‘ibaadillahish shaalihin.” (HR Muslim).
4. Sayogiyanya mengucapkan salam itu dengan suara yang dapat didengar namun tidak mengganggu orang yang mendengar dan membangunkan orang yang tidur. Dari Miqdad Radhiallahu ‘anhu berkata : “Kami mengangkat untuk Nabi bahagiannya daripada susu, dan beliau tiba saat malam, mengucapkan salam dengan suara yang tidak membangunkan orang yang tidur dan dapat didengar oleh orang yang jaga.” (HR Muslim).
5.  Dianjurkan untuk memberikan salam dan mengulanginya lagi jika terpisah daripada saudaranya, walaupun hanya dipisahkan oleh tembok. Dari Abu HurairahRadhiallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda, “Jika seseorang di antara kalian bertemu dengan saudaranya, hendaklah dia memberinya salam, dan jika terpisah antara keduanya oleh pohon, tembok ataupun batu besar lalu bertemu kembali, hendakla kalian mengucapkan salam lagi kepadanya.” (HR Abu Dawud).
6.  Ramai ulama’ memperbolehkan seorang lelaki mengucapkan salam kepada seorang wanita, dan sebaliknya, selama aman daripada fitnah, sebagaimana seorang wanita mengucapkan salam kepada mahramnya, maka wajib juga atasnya untuk menjawab salam daripada mereka. Demikian halnya seorang laki-laki kepada mahramnya wajib atasnya menjawab salam dari mereka. Jika dia seorang ajnabiyah (wanita bukan mahram), maka tidaklah mengapa mengucapkan salam kepadanya ataupun membalas salamnya jika wanita tersebut yang mengucapkan salam, selama aman daripada fitnah, dengan syarat tanpa bersentuhan tangan/jabat tangan dan mendayu-dayukan suara.
7.  Daripada hal-hal yang tersebar di kalangan manusia adalah menjadikan salam itu berbentuk isyarat atau memberi tanda dengan tangan. Jika seseorang yang mengucapkan salam itu jauh, maka mengucapkan salam sambil memberikan isyarat tidaklah mengapa, selama dia tidak dapat mendengarmu, kerana isyarat ketika itu menjadi penunjuk salam dan tidak ada pengganti selainnya, juga demikian dalam membalasnya.
8.  Dianjurkan bagi orang yang duduk mengucapkan salam ketika dia hendak berdiri di dalam majlisnya. Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika kalian mendatangi suatu majlis hendaklah memberi salam, dan jika hendak berdiri seyogiyanya juga memberi salam, dan tidaklah yang pertama itu lebih berhak daripada yang terakhir”. (HR. Abu Dawud)
9.  Disunnahkan berjabat tangan ketika memberi salam dan memberikan tangannya kepada saudaranya. Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tidaklah bertemu dua orang muslim kemudian berjabat tangan kecuali Allah akan mengampuni dosanya sebelum berpisah”. (HR. Abu Dawud dan Turmudzi).
10. Menunjukkan wajah yang ceria, bermanis muka dan tersenyum ketika salam. Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Senyummu kepada saudaramu itu sedekah”, dan sabdanya pula “Janganlah engkau remehkan suatu kebajikan sedikitpun, walaupun hanya bermanis muka terhadap saudaramu”. (HR. Muslim)
11. Disunnahkan memberi salam kepada anak-anak sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam sentiasa melakukannya, dan yang demikian ini adalah suatu hal yang menggembirakan mereka, menanamkan rasa percaya diri dan menumbuhkan semangat menuntut ilmu di dalam hati mereka.
12. Tidak diperbolehkan memulai salam kepada orang kafir sebagaimana di dalam sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Janganlah mendahului Yahudi dan Nasrani dengan ucapan salam, jika engkau menemui salah seorang daripada mereka di jalan, desaklah hingga mereka menepi dari jalan”. (HR. Muslim) dan bersabda pula Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika ahli kitab memberi salam kepadamu maka jawablah dengan wa’alaikum” (mutafaq alaihi).
p/s : Jika kita memberikan salam, secara tidak langsung kita telah mengishtiharkan bahawa kita ini merupakan seorang yang beragama Islam. Betul? Jadi jika kita memberi salam kepada seseorang yang tidak kita kenali dan orang itu tak menjawab salam, maka kita tahulah bahwa dia itu bukan orang Islam =)

Sudut Renungan : Akhlak Rasullallah

                                           

         Pada suatu hari, datanglah seorang Yahudi pergi berjumpa dengan Rasullah. Dengan muka yang bengis, dia mengeluarkan kata-kata yang agak kasar dan bertutur cara dengan bahasa yang kesat. "Hei Muhammad! Aku nak tuntut hutang aku!" katanya. Dia datang kepada Rasullallah dan menengking Baginda dengan kuat, sehingga para sahabat yang duduk dengan Baginda pun berasa tidak selesa dengan perlakuan yang ditunjukkan orang Yahudi tersebut terhadap Baginda. Lalu para sahabat pun bangun dan dek kerana marahnya terhadap orang Yahudi tersebut para sahabat ingin memukul orang Yahudi itu. Akan tetapi, Baginda rasullallah dengan tenang mententeramkan mereka dan berkata "Sesungguhnya orang itu mempunyai hak untuk berbuat demikian ke atas aku kerana aku berhutang dengannya." Lalu Baginda pun terus memerintahkan sahabat untuk mencari seekor unta yang sama nilainya dengan hutang Baginda terhadap orang Yahudi itu. Tidak lama kemudian, sahabat tadi datang semula menemui Rasullallah dan mengatakan bahawa untuk yang sedemikian telah habis dan yang tinggal hanya unta yang lebih besar dan mahal daripada nilai yang tadi. Lalu Baginda pun memerintahkan kepada sahabat tadi. "Belilah unta yang besar itu dan hadiahkanlah kepada orang Yahudi itu tadi."
         Rasullah ni, hidupnya miskin dan merupakan seorang yatim piatu. Sehinggakan ada satu kisah menceritakan bahawa Baginda telah menggadaikan baju besi yang digunakan oleh Baginda untu mencari gandum demi makan minum anak dan isteri-isterinya di rumah. Baginda juga seorang yang maksum. Terhapus daripada sebarang dosa, Baginda juga seorang kekasih Allah. Jika Baginda menadahkan tangan meminta gunung Uhud menjadi emas. Memang Allah kabulkan, betul? Tetapi, cuba lihat cara kehidupan Rasulallah, sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Akhlaknya pula cantik. Budi pekerti mulia dan tidak pecah amanah. Kerjanya pula? Dakwah tuan-tuan! Mana ada kerja Rasullah siang malam cari duit macam kita hari ini? Xcukup satu kerja buat dua kerja. Xcukup overtime buat part time. Xcukup kerja siang sambung sampai malam. Bila kita nak buat kerja untuk hari akhirat kita? Mari kita sama-sama fikir, risau pasal umat sebagaimana risaunya Nabi terhadap umatnya. Sama-sama kita azam =)

P/s : Betapa cantiknya akhlak Rasullallah terhadap orang yahudi tadi, walaupun Yahudi tadi datang menerpa ke arah Rasullallah dan menengking2 Baginda, tetapi Baginda tetap bersabar sedangkan Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah. Kalau kitalah berada di kedudukan Baginda tadi, rasanya dah lama orang Yahudi tadi tu makan guna tiub. Sebab teruk kena belasah dengan kita kan?=)

Saturday, January 15, 2011

Sudut renungan : Korban untuk agama...pernah x kita terfikir untuk melakukannya?


Kalau kita korban banyak duit kita untuk membeli sebuah gitar, maka kita akan sayang lebih pada gitar tersebut..
Kalau kita korban apa sahaja untuk cinta, maka kita akan sayang sangat pada seseorang itu..sehinggakan sanggup menggadai nyawa sendiri untuk melindungi orang yang kita sayang..
Kalau kita sanggup korban banyak duit kita untuk penambahbaikan terhadap motor kita supaya motor kita boleh pergi sampai 200cc kita akan sayang motor itu dan sanggup bawa masuk mototr ke dalam rumah dan tidur bersama-sama motor itu takut kena curi...
kalau kita sayang barang-barang kita yang berharga, kita akan akan jaga elok-elok...simpan di tempat yang selamat supaya tidak kehilangan barang tersebut....
KITA SANGGUP KORBANKAN APA SAHAJA UNTUK BARANG-BARANG YANG KITA SAYANG....TAPI 
Kalau kita sayangkan agama kita agama Islam...apakah korban kita untuk agama kita?

1) Memaki hamun ustaz-ustaz yang pernah menegur kita?
2) Melarikan diri kita ke tandas tatkala azan berkumandang?
3)Memburuk-burukkan seseoarang yang ingin berubah / berhijrah kerana sayangkan agamanya?
4) Memfitnah orang lain untuk kepentingan sendiri?
5) Cuba mencari alasan sekiranaya diajak ke majlis-majlis ilmu agama di masjid atau di surau?
6) Menyambut hari-hari perayaan dengan minuman keras?
7) Memperlekeh-lekehkan orang alim ulama'?
8) Menghalau orang-orang yang datang ke rumah kita semata-mata untuk mengajak kita ke masjid atau ke surau?

Mari kita renungkan dan bermuhasabah diri kita korban jenis apakah yang pernah kita lakukan semata-mata untuk menegakkan agama kita, agama Islam? Apakah kita pernah berkorban demi agama Islam? Setinggi manakah iman kita?