Thursday, April 21, 2011

Acara Tukul Besi

1.1. Sejarah acara tukul besi.
Pada asalnya, sejarah membaling tukul besi adalah berasal daripada pemburuan zaman Neolitik. Pada ketika itu, manusia menggunakan kapak besi untuk memburu dengan membaling kapak tersebut ke arah binatang buruan.
Pada peringkat permulaan, acara ini diadakan untuk menunjukkan kepahlawanan atau kekuatan sesorang. Pada tempoh tersebut, acara sukan telah dinamakan sebagai “ Wheel Hurling” iaitu atlet akan membaling tukul besi di mana pemegangnya diperbuat daripada besi.
Pada era yang berikutnya, acara sukan ini dimasukkan dalam permainan festival “God Thor”. Acara baling tukul besi ini berkembang pada era pertengahan. Bukti yang menunjukkan acara ini berkembang pada era tersebut ialah terdapatnya patung Joseph O’Hanrahan potret dan setengah daripada potret Clad Irish sedang membaling tukul besi. Selain itu, terdapat juga lukisan yang menunujukkan gambar King Henry VIII sedang membaling ”Blacksmith’s Sledgehammer” pada abad ke-16. Bukti-bukti ini jelas menyatakan bahawa pada abad ke-16 adalah merupakan satu era perkembangan bagi acara baling tukul besi dan acara ini juga telah menjadi satu acara rasmi pada tempoh tersebut.




1.2. Sejarah baling tukul besi secara kronologi.
1.    Pada tahun 1866, acara membaling tukul besi menjadi acara yang biasa dalam acara padang di England, Scotland dan Ireland. Pada masa itu, tukul besi diperbuat daripada besi asli manakala penyambungnya adalah merupakan batang besi yang panjangnya kira-kira 3 ½ kaki dan berat tukul besi pada masa itu tidak dinyatakan. Peserta bagi acara ini menghayun tukul besi di atas kepala dan membuat balingan dalam keadaan berdiri. Jarak balingan dikira melalui kaki hadapan peserta hinggalah ke tempat tukul besi tersebut mendarat.
2.    Pada tahun 1875, berat tukul besi ini telah ditentuka iaitu seberat 16 pound manakala panjang batang besi ialah 3 kaki dan 6 inci. Selain itu, ruang untuk membuat balingan juga telah ditentukan ukuran diameternya iaitu 7 kaki. Tetapi, maklumat ini tidak diterima oleh kebanyakkan negara serta pusingan badan tidak dinyatakan sebelum membuat balingan.
3.    Pada tahun 1887, “Ameteur Athletic Union of the United State” telah  menetapkan 7 kaki bulatan dan 16 pound  berat tukul besi.
4.    Pada tahun 1895, A.J Flengan dan Irelang telah menggunakan tiga lompatan pusingan untuk membuat balingan bola dan langkah ini telah menjadi ikutan dan telah digunakan oleh para saringan seterusnya dalam kalangan antarabangsa.
5.    Pada tahun 1886, A.J Flengan telah menggunakan caranya tersendiri iaitu dengan membuat tiga lompatan pusingan, beliau telah mencipta rekod baru dari 147 kaki ke 184 kaki. Selain itu, batang besi telah digantikan dengan rantai besi untuk memudahkan pergerakan ketika membuat balingan.
6.    Pada tahun 1990, acara melontar tukul besi telah dipertandingkan di dalam sukan Olimpik dan acara ini mengalami perkembangan seterusnya dari semasa ke semasa.
1.3. Perkembangan kini
            Sebagai salah satu acara olahraga, baling tukul besi tidaklah sehebat acara lontaran lain dari segi peyertaannya. Malah membaling tukul besi merupakan acara yang sering diketepikan daripada senarai acara olahraga di peringkat sekolah, dan sebilangan perjumpaan olahraga peringkat daerah. Anggapan umum sebagai suatu acara yang berbahaya, kesukaran untuk mengambil bahagian serta kesukaran mendapatkan jurulatih merupakan alasan yang sudah lama wujud, termasuk di negara kita sendiri.
            Bagaimanapun, terdapat pula sedikit perselisihan pendapat tentang perlunya acara ini dipertandingkan di peringkat sekolah. Ada pendapat yang tidak bersetuju mengetepikan acara membaling tukul besi daripada senarai acara olahraga dan ada pula pendapat yang setuju. Bagaimanapun, sebagai acara sukan olahraga, acara membaling tukul besi harus diberikan pendedahan dan tempat yang sewajarnya serta standing dengan acara-acara lontaran yang lain. Akan tetapi hakikatnya, hingga kini membaling tukul besi terus kekal sebagai acara yang kurang diberikan tumpuan oleh kebanyakan penganjur serta para atlet, termasuk di negara kita.
            Jika ada minat, keupayaan dan keinginan kepada atlet yang mahukan acara ini disenaraikan ditambah pula dengan pendedahan awal dan diikuti dengan latuhan bersistem, besar kemungkinanakan menghindarkan sebarang salah anggap terhadap acara membaling tukul besi ini. Lebih daripada itu, acara ini adalh sama seperti acara lontaran lain. Acara ini amat bergantung kepada latihan keras dan minat yang mendalam serta sedikit keupayaan semula jadi. Para atlet yang berbadan sederhana masih mampu menguasai acara ini sekiranya dia mahu dan mempunyai keupayaan memahirkan diri dalam teknik dan gaya  lontaran ynag betul.
            Oleh kerana ciri, bentuk dan jenis acara ini yang memerlukan peserta melakukan balingan bola besi dengan gaya dan cara yang agak sukar, maka adalah wajar acara ini hanya dikhaskan untuk lelaki. Acara ini juga harus dipertandingkan pada pelbagai peringkat kejohanan, termasuk pada peringkat sekolah dan maktab, walaupun menjadi acara untuk golongan dewasa sahaja. Baling tukul besi mampu manjadi acara olahraga yang menarik khususnya sebagai acara lontar.
Gambar rajah 1.3.(a) Acara baling tukul besi merupakan yang terakhir diperkenalkan dalam olahraga.




2.0) Peralatan dan kawasan
            Baling tukul besi memerlukan peralatan dan kawasan khas, sama seperti acara-acara lontaran lain. Dengan adanya peralatan serta kawasan khas acara ini dipertandingkan, sejak permulaan abad ke-20 hinggalah kini. Peserta yang Berjaya membuat balingan paling jauh dengan menggunakan peralatan yang disediakan dan teknik yang ditetapkan, dikira sebagai pemenang. Untuk mendaptkan jarak paling jauh, sudah tentu peserta harus mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membuat lontaran.
2.1. Pembuatan tukul besi
Tukul besi mengandungi tiga bahagian iaitu:
Oval: Pembuatan tukul besi
Rounded Rectangle: Buah tukul Rounded Rectangle: Pemegang Rounded Rectangle: Dawai
 










2.2. Buah tukul
            Buah tukul selalunya diperbuat daripada besi atau logam yang tidak lembut daripada tembaga yang padu atau kelongsong diperbuat daripada logam-logam tadi yang dipadatkan dengan plumbum ataupun bahan padu yang lain dengan garis pusat minimum 110 mm untuk lelaki dan 95 mm untuk perempuan. Ia mestilah berbentuk sfera ataupun berbentuk bulatan. Untuk kejohanan peringkat antarabangsa yang diiktirafkan berat bola ini ialah 7.26 kg.
2.3. Dawai
            Dawai hendaklah terbentuk daripada seutas dawai keluli yang tidak bersambung dan tidak kurang daripada 3 mm garis pusatnya. Dawai tersebut boleh digelungkan di kedua-dua hujungnya untuk tujuan menyambungkannya dengan bahagian tukul yang lain.
2.4. Pemegang
            Pemegang hendaklah kukuh dan tegar dan ianya hendaklah berada dalam keaadan yang selapis tanpa adanya sebarang penyambung. Ia juga mestilah berbentuk tiga segi tiga dua sama atau sektor yang berbentuk bulatan dan tidak boleh meregang ketika dibaling. Sambungannya kepada dawai diperbuat sedemikian rupa adalah supaya tidak tergelincir atau berputar dalam cecincin tersebut atau pada dawainya yang boleh menambahkan panjang keseluruhan tukul. Selain itu, pemegang juga bolehlah berbentuk lurus atau melengkok dengan lebar maksimum dalamnya 130 mm dan ukuran panjang dalamnya 110 mm. kekuatan minimum untuk pemegang terputus ialah 80 kn iaitu 800 kgf. Pemegang tukul besi boleh jadi satu atau dua binaan bulatan, tetapi mesti tegar ketika balingan dilakukan. Bahagian pemegang boleh jadi lurus atau melengkung sedikit dimana bahagian  yang melekat bertemu pemegang untuk memberikan kepada tangan atlet. Sila lihat gambar rajah di bawah.
Gambar rajah 2.4.(a) Pemegang yang berlainan bentuk mengikut spesifikasi IAAF.
 Gambar rajah 2.4.(b) Rajah ukuran dan saiz bagi peralatan untuk acara tukul besi.

2.5. Bentuk Kurungan Baling Tukul Besi
1.    Kurungan hendaklah berbentuk ”U” dari pandangan atas manakala lebar buka pintunya ialah 6 meter yang diletak 7 meter dari pusat bulatan bilangan.
2.    Tinggi jaring dinding hendaklah sekurang-kurangnya 7 meter supaya pane dinding 2.80m di belakang kurung jaraknya 10m kepada  paksi pintu.
3.    Perkiraan hendakah dibuat semasa mereka bentuk Ban memasangnya bagi mengelakkan tukul besi menghentam penyambung tetulang atau jaringnya atau bebola membolosi bawah jaring.
4.    Titik hujung lebar 60 meter akan berada di dalam jaring perpangsi.
5.    Dua keping panel dinding berjaring yang berukuran dua meter lebar yang boleh diselakkan, hendaklah disediakan di depan pintu kurungan, tetapi hanya satu sahaja yang beroperasi pada satu-satu masa. Tinggi minimum panel dinding ini ialah 10 meter.
2.6. Jenis Kurungan
1.    Jaring kurungan boleh dibuat daripada tali serat asli ataupun tali serat tiruan.
2.    Manakala saiz antara lubang-lubang maksimum jaring tersebut ialah 50 mm untuk jaring keluli manakala 44 mm untuk jaring bertali.
3.    Saiz minimum lubang antara jaring tersebut ialah bergantung kepada pembinaan kurungan, tetapi hentaman kekuatan mestilah wajar 300 kg.
4.    Bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku, jaring besi ataupun jaring tali mestilah ditarik keluar setiap 12 bulan ataupun sama dengan setahun.
5.    Spesifikasi untuk jarinagn dan prosedur pertandingan keselamatan telah dikeluarkan di dalam kawal fasimili Balapan dan padang IAAF.

2.7. Pita pengukur
            Bagi menentukan pemenang untuk acara membaling tukul besi ini, peserta yang berjaya membuat balingan paling jauh dikira sebagai pemenang. Untuk menentukan jarak yang dicapai oleh setiap peserta, alat pengukur akan digunakan untuk mengukur jarak balingan yang dilakukan oleh setiap peserta. Setiap balingan yang dibuat hendaklah diukur sebaik sahaja bola mendarat di kawasan pendaratan. Jarak ini dikira dalam ukuran metrik.
2.8. Kawasan lontaran
            Kawasan khas untuk membuat balingan disediakan untuk acara ini. Kawasan ini merupakan kawasan yang berbentuk bulatan. Bulatan hendaklah diperbuat daripada lingkaran besi, keluli atau bahan lain  yang sesuai dan bahagian atasnya sama rata dengan kawasan yang sekelilingnya. Selain itu, kawasan bumi tersebut mungkin diperbuat daripada konkrit, sentitik asfalt , kayu atau sebarang bahan sesuai mengelilingi bulatan. Manakala, bahagian dalam bulatan boleh diperbuat daripada konkrit, asfalt atau bahan yang lain  kukuh tetapi tidak licin. Permukaanya hendaklah rata dan lebih rendah antara 1.4sm-2sm daripada bahagian atas lingkaran bulatan. Garis pusat bahagian dalam bulatan hendaklah 2.135m (+-5mm) bagi acara baling tukul besi. Selain itu, lebar lingkaran bulatan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 6 mm dan diwarnakan putih. Tukul Besi boleh dibaling menggunakan bulatan cakera asalkan garis pusat bulatan dikurangkan dari 2.50 meter ke 2.135 meter dengan meletakkan satu lagi lingkaran di dalamnya. Satu garisan putih selebar 5 sm hendaklah dibuat di kedua-dua belah bulatan, menganjur ke luar sekurang-kurangnya 0.75 meter. Garisan ini boleh saja dibuat dengan menggunakan cat putih atau diperbuat daripada kayau atau bahan lain yang sesuai. Titik di antara kedua-dua pangkal garisan tadi sewajarnya membentuk satu garisan maya merintisi garis pusat bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah sektor mendarat. Atlet tidak dibenarkan menyembur atau menaburkan sebarang bahan di dalam bulatan atau pada kasutnya atau mengesatkan permukaan bulatan.

Sila lihat gambar rajah di bawah untuk mendapatkan gambaran bulatan bagi acara baling tukul besi ini dengan lebih jelas :

http://hammerthrow.wz.cz/im/vysec.jpg
Gambar rajah 2.8.(a) Bulatan membaling untuk acara baling tukul besi.
Gambar rajah 2.8.b) Kawasan balinagn bagi acara baling tukul besi.







2.9. Kawasan pendaratan
            Kawasan pendaratan tukul besi terdapat di hadapan bulatan balingan. Kawasan pendaratan itu merupakan kawasan bersudut 40 darjah yang diukur dari titik tengah bulatan lontaran. Kawasan pendaratan dipagari oleh dua garisan yang panjangnya bergantung kepada peringkat kejohanan yang dijalankan. Tebal garisan ini ialah 5 cm setiap balingan hendaklah diarahkanke dalam kawasan pendaratan ini. Mana-mana balingan yang tukulnya tidak mendarat dalam kawasan ini dikira batal dan jaraknya tidak dikira. Jarak balingan diukur dari tempat tukul mendarat sehingga ke bulatan lontaran.
Gambar rajah 2.9.(a)  Balingan yang sah dan balingan yang batal.

3.0) Peraturan-peraturan membaling
Berikut adalah merupakan undang-undang yang dibentuk khas untuk acara baling tukul besi ini yang dikeluarkan oleh IAAF.
1.    Setiap peserta akan membuat balingan mengikut susunan atau giliran yang ditetapkan sebelum pertandingan, iaitu menerusi undian yang dijalankan.
2.    Sekiranya terdapat lebih daripada lapan orang peserta, mereka akan diberikan tiga balingan setiap seorang. Lapan peserta yang mencapai balingan terbaik akan memasuki pusingan akhir, dengan memberikan mereka tiga balingan lagi. Balingan yang mencapai jarak yang paling jauh tanpa batal akan dikira sebagai pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang peserta, mereka akan diberikan enam terus diberikan enam balingan setiap seorang.
3.    Peserta hendaklah memulakan balingan daripada kedudukan berdiri dan statik di dalam bulatan balingan yang disediakan. Bagaimanapun tukul besi boleh berada diluar bulatan atau menyentuh tanah semasa peserta memulakan pergerakan sebelum membaling.
4.    Peserta boleh menyentuh mana-mana bahagian di dalam bulatan lontaran semasa melakukan pergerakan untuk balingan.
5.    Peserta akan dibatalkan sekiranya dia menyentuh atau mana-mana bahagian tubuhnya menyentuh kawasan diluar bulatan lontaran semasa melakukan pergerakan untuk membuat balingan.


3.1. Perlindungan persendirian
1.    Tidak ada sebarang peranti dibenarkan sebagai contohnya membalut sebatang atau dua jari dengan pita yang mungkin akan membantu peserta-peserta untuk membuat percubaannya. Contohnya ialah membalut sebatang atau lebih bersama atau menggunakan berat yang melekat atau diikat pada badan yang memberi bantuan ketikamembuat percubaan balingan.
2.    Penggunaan pita untuk membalut tangan juga tidak dibenarkan kecuali untuk mebalut luka. Walaubagaimanapun, menggunakan pita untuk membalut jari-jari adalh dibenarkan dalam acara baling tukul besi.
3.    Sebelum peserta membuat balingan, balutan ini mestilah ditunjukkan kepada Ketua Hakim.
4.    Bagi memperoleh cengkaman yang lebih baik, para peserta boleh menggunakan benda-benda yang sesuai untuk desapukan di tapak tangan sahaja. Sebagai tambahan, peserta untuk acara ini boleh menggunakan bahan ini dan sarung tangan mereka sahaja.
5.    Bagi mengelakkan kecederaan tulang belakang, para peserta dibenarkan untuk menggunakan tali pinggang kulit atau yang diperbuat daripada bahan-bahan lain yang sesuai.
6.    Para peserta dibenarkan memakai perlindungan yang lain, contohnya penyokong lutut dengan syarat peserta tersebut mendapat keizinan daripada IAAF dan mendapat nasihat daripada pegawai perubatan untuk menggunakannya de dalam pertandingan.

4.0) Perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika latihan
            Acara baling tukul besi merupakan acara putaran atau balingan yang menggunakan lemparan yang akan mengakibatkan tukul tersebut terkeluar daripada pusatnya yang sangat besar. Daya ini semakin bertambah kelajuannya dan mesti diredakan pada setiap masa setiap kali para atlet membuat balingan.oleh kerana para atlet meningkatkan kelajuan untuk membuat balingan yang jauh, mungkin sekali kesilapan yang kecil akan berlaku ketika diawal hayunan tukul besi tersebut dan seterusnya menjadi kesilapan yang besar di akhir balingan. Selalunya, para atlet amatur dan sesetengah atlet elit juga hilang kawalan dan melepaskan tukul besi tersebut pada arah yang salah serta tidak melepaskan tukul tersebut pada landasan yang telah ditetapkan. Oleh kerana perkara ini akan mendatangkan bahaya, para peserta mestilah membuat balingan di dalam satu kurungan keselamatan yang telah disediakan bagi mengelakkan perkara yang akan medatangkan bahaya daripada berlaku kepada para penonton, jurulatih serta para pegawai. Kurungan tersebut mestilah dibina serta mengikut standard dan boleh diselia serta boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.
            Selain itu, semua tukul mestilah disimpan di dalam stor dan dibawa dengan cara yang betul ke kawasan balingan. Sebelum sesi balingan ataupun latihan dilakukan, pastikan setiap tukul diperiksa dengan teliti. Pastikan pemutar tukul / hammer pivot (terletak di bahagian kepala tukul), dawai dan juga pemegangnya berada di dalam keadaaan yang selamat. Jika terdapat sebarang masalah terhadap barang-barang latihan tersebut, gantikan barang-barang yang rosak secepatnya dengan alatan yang baru sebelum sesi latihan dijalankan bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku.
            Selain itu, adalah lebih bagus jika latihan ini dilakukan di atas kawasan khas bagi acara balingan sahaja. Hal ini adalah untuk mengelakkan kerosakan padang daripada berlaku jika latihan dibuat di atas padang bola atau di tempat yang tidak sepatutnya. Berikut merupakan beberapa langkah keselamatan yang dicadangkan ketika sesi latihan dijalankan :
1.    Pastikan kawasan latihan berada di dalam keadaan yang selamat.
2.    Jurulatih mestilah sentiasa memantau pergerakan para atletnya.
3.    Pastikan setiap balingan dibuat seorang demi seorang dan tidak secara berkumpulan atau beramai-ramai untuk demi mengelakkan kecederaan daripada berlaku.
4.    Pastikan tidak ada seorang pun yang berada di kawasan balingan ketika latihan balingan dijalankan.

5.0) Teknik-teknik asas untuk acara Baling Tukul Besi
            Seperti lempar cakera, acara baling tukul besi dijalankan di dalam bulatan yang berdiameter 2.135 meter dan tukulnya hendaklah mendarat di dalam kawasan yang bersudut 40 darjah daripada bulatan balingan.permulaannya hendaklah daripada kedudukan statik di dalam bulatan balingan itu. Untuk membuat balingan, peserta hendaklah bersedia, sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Latihan yang mencukupi dan pengawasan jurulatih berpengalaman adalah perlu bagi mambantu peserta memahirkan diri dengan setiap pergerakan dalam perlakuan membuat balingan, dan pada masa yang sama mencapai jarak balingan yang diharapkan.
            Cara melakukan balingan dalam acara baling tukul besi adalah hampir sama dengan melakukan lontaran dalam acara-acara lontaran yang lain. Yang brbeza Cuma jenis peralatan lontaran yang sekaligus membezakannya dengan yang lain. Antara persamaan termasuklah dari segi persediaan, pergerakan awal, cara memegang, melakukan balingan, dan ikut lajak. Semua pergerakan ini menghasilkan teknik balingan yang bukan sahaja berbeza antara satu peringkat dengan peringkat yang lain, tetapi juga antara satu acara yang lain.
            Terdapat juga beberapa peringkat dalam pergerakan membuat balingan tukul besi ini. Setiap peserta harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat pergerakan ini supaya pergerakan keseluruhan membaling tukul besi dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan berkesan. Peringkat-peringkatnya adalah seperti berikut:
a)    Cara memegang tukul besi serta persediaan awal.
b)    Melakukan putaran.
c)    Memusingkan dan memutarkan badan.
d)    Membuat lontaran.
e)    Ikut lajak atau pergerakan susulan.



5.1. Memegang tukul besi dan bersedia
            Peringkat pertama dalam perlakuan membaling tukul besi selepas seseorang itu bersedia ialah memegang tukul besi. Peserta hendaklah mendapatkan pegangan yang selesa dan betul pada bahagian pemegang yang disediakan. Untuk memulakan pegangan, peserta hendaklah berada pada kedudukan sedia di dalam bulatan balingan. Untuk mendapatkan cara pegangan yang betul dan sempurna ialah dengan memulakan pegangan tukul pada tangan kiri dengan kekuatan pegangan diletakkan pada jari-jari.
            Kemudian, letakkan tangan kanan diatas tangan kiri dengan pegangan yang sama serta penekanan pada menyokong tangan kiri dan mendapatkan pegangan yang selesa supaya keselamatan tukul besi dan pegangan terjamin. Pada masa itu, peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang selesa seperti kedudukan badan dan kaki. Selain itu, kedudukan statik yang mula-mula biasanya di belakang bulatan lontaran berhampiran garisan belakang, dengan membelakangkan arah balingan. Akhir sekali, tumpukan perhatian dan konsentrasi pada tukul besi dan kawasan balingan.

Gambar rajah 5.1.(a) Cara memegang tukul besi.


5.2. Melakukan putaran
            Putaran yang dimaksudkan dalam acara baling tukul besi ialah pergerakan peserta memutarkan tukul besi beberapa kali bagi mendapatkan kedudukan dan masa yang sesuia dan selesa untuk membuat balingan. Putaran juga dilakukan bagi mendaptkan rentak dan kelajuan awal sebelum mebuat balingan. Untuk melakukan putaran dengan cara yang betul, pertamanya, peserta mestilah menempatkan tukul besi yang selesa dalam pegangan tangannya pada kedudukan kanan di belakang kaki, sambil kaki kanan diluruskan dan kaki yang sebelah lagi dibengkokkan sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. Kemudian, peserta mestilah menarik tukul besi melintasi bahagia hadapan tubuhnya, dengan pegangan tangan masih selesa pada tempat pegangan tukul besi. Selain itu, lengan peserta hendaklah diluruskan di hadapan tubuhnya sendiri. Langkah yang seterusnya, peserta mestilah membengkokkan lengan untuk mengembalikan tukul besi ke belakang kepalanya. Semasa dalam putaran, tukul akan bergerak meninggi ke sebelah kirinya dan menurun ke sebelah kanannya. Tukul besi haruslah mencapai kedudukan tertinggi pada bahagian belakang peserta dan terendah di hadapannya. Peserta hendaklah menggerakkan tubuhnya mengikut pergerakan putaran tukul bagi mendapatkan momentum yang betul. Biasanya, peserta akan melekukan tuga pusingan atau putaran, sambil kelajuan putaran ditingkatkan dari satu pusingan ke satu pusingan berikutnya.



Gambar rajah 5.2.(a) Pergerakan memusing tukul besi.

5.3. Memusing dan memutarkan badan
            Setelah melakukan putaran tukul besi tiga kali dengan kelajuan meningkat, peserta kini bersedia untuk melakukan putaran atau pusingan badan pula. Jika dalam peringkat putaran, penekanan adalah pada pergerakan lengan bersama tukul, penekanan semasa memusing ialah pada kedudukan kaki dan badan peserta yang harus digerakkan besama putaran lengan dengan keseimbangan badan terus dikekalkan. Perlu diingat iaitu penahanan (pivot) adalah pada kaki, manakala memusing adalah pada badan bagi mengawal semasa berpusing.
            Untuk melakukan pergerakan ini, pusingan badan harus dilakukan mengikut rentak dan pergerakan dan gerakan tukul besi yang dipegang. Pada pusingan tukul yang pertama, peserta hendaklah mengikut tukul, manakala dalam pusingan kedua, tukul yang mengikut peserta manakala dalam pusingan yang ketiga ialah untuk mengawal momentum dan menyediakan badan untuk melakukan balingan. Selain itu, peserta harus mengekalkan berat badan pada sebelah kiri, manakala tukul bergerak ke arah kaki kanan. Pada pusingan yang ketiga merupakan pusingan akhir peserta sebelum membuat balingan. Ini bermakna peserta sudah bersedia untuk membuat balingan.

Gambar rajah 5.3.(a) Pergerakan memusing dan memutarkan badan.
Gambar rajah 5.3.(b) Pergerakan memusing dan menahan badan.


5.4. Membuat balingan
            Peringkat pergerakan dalam acara membaling tukul besi ialah melepaskan tukul besi daripada pegangan tangan sebagai membuat lontaran, ke dalam kawasan pendaratan yang disediakan. Balingan dibuat selepas peserta melepasi pusingan badan kali ketiga dengan kelajuan pusingan berada di peringkat maksimum.
            Untuk lakuan ini, peserta mestilah memindahkan berat badannya dengan pergerakan menentang tekakan tukul. Kemudian, kaki kiri peserta debengkokkan sedikit sebagai persediaan untuk balingan. Selain itu, peserta juga harus memasukkan tekanantambahan pada tukul dengan bantuan kaki, pinggang, dada dan tangan sebagai persediaan akhirnya membuat balingan. Untuk melakukan balingan, peserta haruslah mengikut arah yang dikehendaki dengan melepaskan balingan pada pusingan badan dan tangan pada kelajuan yang paling maksimum. Akhir sekali, peserta mestilah memastikan keseimbangan badan terjamin tanpa menyebabkan pergerakan menjadi batal.
 Bambar rajah 5.4.(a) Pergerakan dalam membuat balingan.
Gambar rajah 5.4.(b) pergerakan melakukan balingan.
5.5. Ikut lajak
            Ikut lajak atau tindakan susulan selepas tukul dilepaskan daripada pegangan tangan, merupakan pergerakan terakhir dalam acara baling tukul besi ini. Yang penting ketika ini ialah peserta dapat mengimbangi kedudukan kaki danbadannya. Seperti dalam acara-acara lontaran yang lain, peserta memerlukan pengunduran selepas tukul dibalingkan, untuk mngekalkan momentum pergerakan. Sebelum peserta meninggalkan bulatan balingan, peserta harus menunggu sehingga tukul yang dilontarkannya selamat mendarat di dalam kawasan pendaratan yang disediakan.
6.0) kesilapan umum
            Di dalam acara balingan, tidak dapat dinafikan sering berlaku kesilapan sama ada desengajakan taupun tidak, semasa peserta melakukan balingan dalam acara tukul besi ini. Sudah tentunya jurulatih akan berusaha membaiki dan membetulkan kesilapan ini di samping berusaha melicinkan pergerakan dan meningkatkan prestasi, menerusi pencapaian jarak balingan yang lebih jauh dari semasa ke semasa dan seterusnya memenangi acara ini untuk diri sendiri serta pasukan masing-masing. Berikut merupakan kesilapan umum yang sering berlaku kepada peserta baling tukul besi.
a)    Peserta tidak memegang tukul besi dengan betul dan sempurna, sehingga mengakibatkan peserta berasa tidak selesa semasa membuat putaran dan semasa membuat pusingan badan.
b)    Peserta tidak berada di dalam bulatan yang disediakan ketika melakukan balingan.
c)    Peserta gagal melakukan pusingan dan putaran tukul besi dengan baik dan sempurna, menyebabkan pelepasan atau balingannya kurang berkesan.
d)    Peserta gagal melakukan balingan dengan baik sehingga terkeluar dari kawasan pendaratan yang ditetapkan.
e)    Peserta tidak mempunyai keyakinan semasa mengambil bahagian khususnya ketika melakukan balingan.
f)     Peserta tidak berada atau gagal berada di tempat pertandingan apabila tiba masa pertandingan bermula.
g)    Peserta gagal melakukan balingan bersih dan sempurna dalam kesemua enam lontaran yang diberikan.
h)   Peserta tidak menggunakan tukul besi yang disediakan oleh penganjur atau dengan alasan mahu menggunakan tukulnya yang mungkin mempunyai sesuatu kelebihan.
i)     Peserta menggunakan sesuatu yang dilarang supaya dapat membantunya mencapai prestasi yang lebih baik.
j)      Peserta tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh IAAF.
k)    Peserta enggan membuat balingan apabila namanya dipanggil untuk berbuat demikian oleh pegawai pertandingan, apabila gilirannya untuk membuat lontaran tiba.
l)     Peserta menunjukkan tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang pertandingan.


7.0 ) Ansur maju
Di dalam acara tukul besi terdapat 5 fasa iaitu fasa memegang tukul besi, melakukan putaran, pusing dan memutarkan badan, membuat balingan dan fasa yang terakhir ialah ikut lajak.
1.    Ansur maju yang pertama ialah cara panduan tukul besi. Jurulatih boleh menggunakan bola sihat untuk latihan panduan tukul besi ini.
Cara latihan:
Atlet membaling bola dengan menggunakan dua tangan.
Panduan mengajar:
1.    Bengkokkan lutut kemudian berdiri di atas bebola kaki.
2.    Baling bola dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
3.    Baling bola setinggi yang mungkin.
7.1. Ansur maju memusingkan tukul besi.
2.    Membuat pusingan dengan menggunakan kayu atau tiang.
Panduan mengajar:
1.    Pastikan kedua-dua belah tangan dibengkokkan.
2.    Bengkokkan kaki sedikit dan pandang hadapan.
3.    Pusingkan kayu atau tiang sejauh yang mungkin dan pada masa yang sama gerakkan punggung ke kanan.
4.    Pusingkan kayu keatas di bahagian kiri supaya lengkungan pusingan tadi mencapai titik yang tertinggi di bahagian belakang di sebelah kiri dan mencapai titik yang paling rendah di hadapan kanan badan anda.
5.    Semasa kayu dihayunkan sejauh yang mungkin di bahagian kiri, jatuhkan kepala anda kedalam tangan anda dan pusingkan dada dan bahu.
Untuk fasa ini, jurulatih juga boleh menggunakan bola sihat sebagai latihan untuk para atlet.
Panduan mengajar:
1.    Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu.
2.    Letakkan bola sihat di dalam jaring dan bola tersebut diletakkan di atas tanah di bahagian belakang sebelah kanan.
3.    Heret bola tersebut ke atas sebelah kiri sambil membengkokkan kaki sedikit.
4.    Sebaik sahaja bola dihayun sejauh yang mungkin ke sebelah kiri, tundukkan kepala anda di bawah tangan dan pusingkan kepmbali untuk bertemu dengna bola semula di bahagian kanan.
5.    Elakkan daripada membengkokkan tangan ketika bola berada di hadapan badan anda.




7.2. Ansur maju untuk membuat pusingan badan
1)    Pusingan dengan tangan dipanjangkan.
Panduan mengajar:
1.    Bengkokkan lutut, pandang hadapan, dan panjangkan tangan anda. Pegang kedua-dua belah tangan menegak di hadapan badan anda.
2.    Jangan hiraukan tentang pergerakan kaki; heretkan kaki membentuk satu bulatan dan berpusing di tempat yang sama.
7.3. Ansur maju untuk membaling tukul besi.
Untuk lakuan membaling tukul besi, sekali lagi jurulatih boleh menggunakan bola sihat yang diletakkan di dalm jaring.
Panduan mengajar:
1.    Buat 2-3 pusingan, pilih lengkungan dan mencapai titik yang tertinggi di bahagian bahu kiri anda.
2.    Alihkan punggung anda ke kanan apabila bola berpusing ke sebelah kiri.
3.    Mulakan daya tarikan yang terakhir ke atas bola untuk membuat balingan sebanyak 2-3 kali apabila bola mencapai titik yang terendah dihadapan badan anda.
4.    Panjangkan kaki anda dan membawa badan ke belakang dengan sepenuh tenaga serta buang kepala anda ke belakang.
5.    Pasakkan kaki anda dan lepaskan atau balingkan bola tersebut melepasi bahu kiri anda.
7.4. Gabungan antara membuat hayunan, memusingkan badan, dan membuat balingan
Prinsip ansur maju di praktikkan ketika membuat latihan ini. Pertamanya, membuat 2-3 pusingan tukul besi kemudian diikuti dengan satu putaran badan dan diikuti dengan membuat balingan. Kemudian, membuat 2-3 pusingan tukul besi diikuti dengan dua putaran badan dan balingan. Akhir sekali ialah dengan membuat 2-3 pusingan tukul besi diikuti dengan membuat 3 putaran badan serta balingan.
Panduan mengajar:
1.    Jangan terlalu terburu-buru; lakukan hayunan dengan perlahan-lahan dan tambahkan kelajuan ketika membuat putaran badan dan balingan.
2.    Pastikan tangan dipanjangkan ketika tukul besi berada di hadapan badan anda.
3.    Cuba untuk membawa kaki kanan mengelilingi badan anda secepat yang mungkin untuk melengkapkan setiap putaran.
4.    Pastikan barisan kaki anda selari dengan arah balingan di akhir setiap balingan.





8.0) Rekod-rekod bagi acara baling tukul besi
1)    1900GOLD John Flanagan, USA 51.01
SILVER Truxton Hare, USA 46.25
BRONZE Josiah McCracken, USA 44.50
2)    1904GOLD John Flanagan, USA 51.23
SILVER John DeWitt, USA 50.265
BRONZE Ralph Rose, USA 45.73
3)    1908GOLD John Flanagan, USA 51.92
SILVER Matt McGrath, USA 51.18
BRONZE Con Walsh, USA 48.50
4)    1912GOLD Matt McGrath, USA 54.74
SILVER Duncan Gillis, CAN 48.39
BRONZE Clarence Childs, USA 48.17
5)    1920GOLD Patrick Ryan, USA 52.875
SILVER Carl-Johan Lind, SWE 48.43
BRONZE Basil Bennet, USA 48.25
6)    1924GOLD Fred Tootell, USA 53.29
SILVER Matt McGrath, USA 50.84
BRONZE Malcolm Nokes, GBR 48.87
7)    1928GOLD Pat O’Callaghan, IRL 51.39
SILVER Ossian Skiöld, SWE 51.29
BRONZE Edmund Black, USA 49.03
8)    1932GOLD Pat O’Callaghan, IRL 53.92
SILVER Ville Pörhölä, FIN 52.27
BRONZE Peter Zaremba, USA 50.33
9)    1936GOLD Karl Hein, GER 56.49
SILVER Erwin Blask, GER 55.04
BRONZE Fred Warngard, SWE 54.83
10) 1948GOLD Imre Németh, HUN 56.07
SILVER Ivan Gubijan, YUG 54.27
BRONZE Robert Bennett, USA 53.73
11) 1952GOLD Jόzsef Csermák, HUN 60.34
SILVER Karl Storch, GER 58.86
BRONZE Imre Németh, HUN 57.74
12) 1956GOLD Harold Connolly, USA 63.19
SILVER Mikhail Krivonosov, URS 63.03
BRONZE Anatoliy Samotsvetov, URS 62.56
13) 1960GOLD Vasiliy Rudenkov, URS 67.10
SILVER Gyula Zsiv
όtzky, HUN 65.79
BRONZE Tadeusz Rut, POL 65.64
14) 1964GOLD Romuald Klim, URS 69.74
SILVER Gyula Zsiv
όtzky, HUN 69.09
BRONZE Uwe Beyer, FRG 68.09
15) 1968GOLD Gyula Zsivόtzky, HUN 73.36
SILVER Romuald Klim, URS 73.28
BRONZE Lázár Lovász, HUN 69.78
16) 1972GOLD Anatoliy Bondarchuk, URS 75.50
SILVER Jochen Sachse, GDR 74.96
BRONZE Vasiliy Khmelevskiy, URS 74.04
17) 1976GOLD Yuriy Sedykh, URS 77.52
SILVER Aleksey Spiridonov, URS 76.08
BRONZE Anatoliy Bondarchuk, URS 75.48
18) 1980GOLD Yuriy Sedykh, URS 81.80
SILVER Sergey Litvinov, URS 80.64
BRONZE Jϋri Tamm, URS 78.96
19) 1984GOLD Juha Tiainen, FIN 78.08
SILVER Karl-Hans Riehm, FRG 77.98
BRONZE Klaus Ploghaus, FRG 76.68
20) 1988GOLD Sergey Litvinov, URS 84.40
SILVER Yuriy Sedykh, URS 83.76
BRONZE Jϋri Tamm, URS 81.16
21) 1992GOLD Andrey Abduvaliyev, EUN 82.54
SILVER Igor Astapkovich, EUN 81.96
BRONZE Igor Nikulin, EUN 81.38
22) 1996GOLD Balázs Kiss, HUN 81.24
SILVER Lance Deal, USA 81.12
BRONZE Aleksey Krykun, UKR 80.02
23)  2000GOLD Szymon Ziόlkowski, POL 80.02
SILVER Nicola Vizzoni, ITA 79.64
BRONZE Igor Astapkovich, BLR 79.17
24) 2004GOLD Koji Murofushi, JPN 82.91
SILVER Ivan Tikhon, BLR 79.81
BRONZE Esfref Apak, TUR 79.51
25) 2008*GOLD Primož Kozmus, SLO 82.02
SILVER Krisztián Pars, HUN 80.96
BRONZE Koji Murofushi, JPN 80.71 





9.0) Refleksi
            Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran saya kepada Allah S.W.T kerana akhirnya kerja saya ini dapat diselesaikan tepat pada waktu yang telah ditetapkan.
            Tajuk yang telah diberikan kepada saya ialah acara Baling Tukul Besi. Sebenarnya tajuk yang telah diberikan kepada saya ini merupakan satu tajuk yang mencabar kerana saya tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam acara ini. Selain itu, penglibatan untuk acara ini terutama di peringkat sekolah adalah kurang dipertandingkan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika terdapat ramai pelajar yang tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang acara Baling Tukul Besi ini. Selain itu, tidak banyak buku-buku olahraga khususnya mengenai tajuk ini diterbitkan di negara kita sendiri oleh kerana peyertaan bagi acara ini adalah kurang memberangsangkan. Kita juga kekurangan jurulatih bagi acara baling tukul besi ini. Oleh yang demikian, sangat sukar bagi saya untuk mengumpulkan maklumat mengenai tajuk ini.
            Oleh kerana ilmu pengetahuan saya bagi acara sukan ini sangatlah sedikit, saya telah cuba untuk mencari bahan-bahan maklumat mengenai acara ini dengan lebih lanjut dan terperinci. Hasil daripada usaha dan pertolongan daripada kawan-kawan, saya telah berjaya mencari bahan-bahan serta maklumat mengenai acara ini di laman-laman web. Selain itu, saya juga telah berusaha untuk meminjam beberapa buah buku daripada perpustakaan di luar mahupun di dalam institut sendiri. Selain itu, banyak bahan-bahan maklumat mengenai tajuk ini telah ditulis di dalam bahasa Inggeris. Jadi saya telah menterjemahkan semula bahan-bahan ini daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Hal ini sedikit sebanyak telah menambahkan pembendaharaan kata saya.
            Sepanjang tempoh saya melengkapkan kerja kursus ini, banyak ilmu yang telah saya peroleh terutamanya dalam acara baling Tukul Besi. Saya juga banyak belajar tentang cara-cara untuk membuat balingan bagai acara ini. Selain itu, saya juga telah mengetahui serba sedikit menganai sejarah permulaan bagi acara ini serta telah menguasai beberapa kemahiran asas untuk acara ini.
            Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat belajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain serta telah melatih saya untuk menjadi seorang pendidik pada masa akan datang . Hal ini adalah kerana saya mestilah membuat pembentangan sebaik sahaja tajuk diberikan. Perkara ini sedikit sebanyak telah melatih saya untuk berinteraksi serta memperbaiki cara-cara untuk menyampaikan ilmu kepada orang lain.
            Akhir kata daripada saya, kerja kursus seperti ini seharusnya diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan pelajar-pelajar. Melaui kerja kursus seperti ini, proses pengajaran dan pembelajaran ternyata lebih berkesan kerana para pelajar sendiri yang mencari sumber maklumat mengenai tajuk yang telah diberikan. Selain itu, mereka mestilah membuat pembentangan mengenai tajuk masing-masing untuk memantapkan lagi ilmu yang telah mereka peroleh hasil daripada usaha mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung ilmu yang telah mereka peroleh menjadi semakin mudah diingat dan dapat digunakan bukan sahaja pada waktu peperiksaan tetapi juga pada masa-masa yang akan datang.
            Oleh yang demikian, saya berharap kerja kursus ini dapat menjadi contoh ataupun dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar major Pendidikan Jasmani ataupun mahupun minor di dalam Pendidikan Jasmani pada masa akan datang sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Sekian, terima kasih.











Bibliografi
a)    Garry A. Carr (1991) Fundamentals of Track and field, Champaign, Leisure press.
b)    http://www.ironmanthrows.com. Accessed on 19 JANUARY 2010.
c)    http://findarticles.com. Accessed on 19 JANUARY 2010.


No comments:

Post a Comment