Sunday, September 13, 2009

Ramadhan kian pergi syawal kian menghampiri

Sedar tak sedar rupa-rupanya dah nak habis puasa dah. Kita masih berbaki seminggu je lagi untuk menyambut hari yang di tunggu-tunggu iaitu Hari Raya Aidilfitri. Tapi, sebelum kita menyambut hari raya nanti, apakah kita berpuasa penuh di bulan Ramadhan?
sebenarnya Allah telah memberikan kepada mereka yang berpuasa dua kegembiraan:
  1. Kegembiraan ketika menunggu waktu berbuka puasa.
  2. Kegembiraan selepas berpuasa iaitu Hari Raya.

walaubagaimanapun, kita masih punya waktu untuk beribadah di bulan Ramadhan dan jangan kita lupa kerana di Bulan Ramadhan terdapat satu malam yang dinamakan malam Lailatul Qadar yang mana malam ini adalah merupakan malam yang paling baik antara 1000 bulan. Kalau saya silap sila betulkan. Semoga kita dapat berubah diri kita di bulan ini dan akan kekalkannya sampai bila-bila. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment