Wednesday, September 16, 2009

Seronok bertukar Gian.

Hari ni kelas ckgu Jaflus ada macam xada je. Sebabnya beliau kata beliau tidak mahu mengajar pada hari ini dan hanya ingin memberi sedikit nasihat dan peringatan sebelum kita pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya. dalam hati aku pun cakap "Bagus jugak ni, haha".





Yang bermain di benak fikiran aku hanyalah pulang beraya dikampung.


Walaubagaimanapun, aku tetap mendapat input yang berguna pada hari ini, iaitu "jagan sesekali kita dekati dadah". Itulah yang dipesan oleh ckgu Jaflus kepada kami. Sekali kita terjebak dengan dadah, dia akan datangnya seronok, apabila seronok semakin menjadi, dia akan datang kepada gian dan akhirnya kita terpaksa mengambil bahan-bahan kimia yang terlarang iaitu dadah ini sepanjang hayat kita. Bukan itu sahaja, jika kita telah ketagih dengan dadah ini, kita terpaksa mengambil bahan-bahan ini sebagai "makanan ruji" sehari-harian untuk dijadikan sebagai syarat untuk menghilangkan rasa ketagih yang hanya sekejap. Lepas tu, bersiap sedia lah untuk bertemu dengan ajal kita.
Oleh yang demikian, pada kawan2 di luar sana. JAUHKANLAH DIRI DARIPADA DADAH. SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.




No comments:

Post a Comment