Thursday, May 13, 2010

Cuba2..

Semua orang tahu rokok itu membahayakan kesihatan..tapi...aku nie mcm buat xpeduli je..alahai...dulu dah sekali berhenti rokok..lepas tu sambung balik..sangap weh lepas buat keja kebun xhisap rokok..rasa lain macam..nak2 lagi dah sudah makan sudah minum..macam ada je yang kurang..yaaa..tepat sekali..ROKOK..
tapi..aku nak cuba yang betul2 kali nie..berjaya ke x..aku pasrah..azam dan ntah la ape2..yang penting aku nak berhenti rokok..!!
aku ni dah tahap kronik dah merokok..orang kata memang hardcore lah..nak tau mase bile aku akan hisap rokok? ha..ni aku list kan :

1. Masa bangun tido hisap sebatang dulu.
2. Lepas mandi pagi2 hisap sebatang lagi.
3. Sebelum pergi kuliah sebatang lagi.
4. Masa rehat dalam pukul 10 macam tu.
5. Sebelum solat zohor.
6. Lepas solat zohor.
7. balik drpd kuliah petang.
8. Sebelum solat asar.
9. Sebelum turun main/ g padang.
10. Lepas bersukan kat padang (maghrib)
11. Sebelum pergi mandi malam.
12. Selepas solat maghrib sebatang lagi.
13. Lepak2 kang lepas maghrib nak kena lagi.
14. Sebelum tunggu makanan sampai.
15. Lepas makan nak rokok..xde rokok xlengkap hidup nie..hahaha
16. sebelum tido yang paling penting..

Kalau nak cite sampai besok pagi pun..ntah la..xabis agaknya..yela..aku start merokok dari darjah 6..skang nie dah 21 tahun dah..kire lah sendiri..senang cite rokok nie dah macam alat bantu oksigen dah bg aku....xde rokok...wuishhh xtau nak cakap ape..resah!!

aku harap azam yang kali nie berjaya....yeahhh!!

1 comment: