Tuesday, December 7, 2010

1000 gitar UKM

         Pada 20-25 hb November 2010 yang lalu...penulis bersama rakan-rakan yang lain telah berdafatar untuk menyertai Malaysian Guiness Book of Record yang bertempat di Bukit Jalil. Borang pendaftaran tersebut telah diberikan oleh Puan K atau dikenali sebagai Umi. Seramai empat orang pelajar Institut Perguruan Islam yang menyertai acara tersebut, antaranya ialah penulis sendiri, Nawawi, Farhan, Ihsan dan ditambah lagi dengan seorang ahli iaitu anak sedara Umi, Qayyum.
         20 - 23 hb November 2010 ialah hari latihan manakala pada 24 hb pula ialah raptai penuh dan 25 hb ialah hari acara berlangsung. Kami telah merancang untuk pergi pada awal pagi untuk sesi pendaftaran peserta. kami juga telah berkumpul di rumah penulis sebelum bertolak ke UKM untuk pendaftaran. 
         Setibanya kami di Ukm, kami telah diberikan skor muzik yang berisi ataupu dalam bahasa kampungnya ialah 'cord taugeh'. Penulis mula menunjukkan tanda-tanda untuk menarik diri setelah ditunjukkan borang skor tersebut akan tetapi urusetia telah memberikan pilihan samada mahu memilih borang skor tersebut ataupun ke sesi uji bakat. setelah berbincang, kami sebulat suara untuk memilih sesi uji bakat. setelah diuji bakat kami, penulis telah mendapat gitar ketiga, Nawawi mendapat gitar satu, manakala Qayyum dan Ihsan pula di gitar yang keempat. Untuk melayakkan kami untuk mencipta record tersebut, pemain gitar haruslah tidak kurang daripada 1000 orang peserta. maklumat yang terkini ialah dianggarkan bahawa seramai 12++ orang peserta yang hadir untuk mencipta record tersebut.
         Jadi, walaupun anda seorang yang tangan bangku, ataupun seorang yang handal bermain gitar seperti Jimmy Hendrix ke, Krk Hemmet ke, Slash ke, tak kisah lah. Sebab tak ada siapa yang peduli, janji 1000 orang peserta yang memegang gitar dan bermain mengikut recording yang dimainkan semula. Jadi, tiada soal siapa yang handal, siapa yang tidak di dalam hal ini=).
         Lagu tema untuk hari tersebut ialah 'Malaysia Inovatif 2010' dan lagu rasminya ialah '1000 gitar UKM'. selama tiga hari kami di sana makan minum serta penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak UKM sendiri. selain itu, kepada mereka yang tidak membawa gitar sendiri, pihak kebudayaan UKM telah menyediakan gitar untuk mereka yang tidak mempunyai gitar sendiri. 
         Sesi latihan diadakan pada waktu pagi, petang dan malam. Pada awalnya kami menghadapi kesukaran untuk menjalani latihan kerana tidak ada seorang pun yang tahu membaca skor tersebut melainkan hanya Nawawi seorang sahaja yang tahu. Akan tetapi setelah diajar beberapa kali dan usaha yang tabah oleh peserta-peserta 1000 gitar, maka skor itu menjadi mudah. Kami hanya memerlukan sehari setengah untuk 'master' lagu tersebut.
         Selang beberapa hari kemudian, kami telah dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang ternama dalam bidang seni muzik antaranya ialah Rudy dari kumpulan Kristal, Zua dari kumpulan XPDC, Ali dari kumpulan XPDC, dan katanya gitaris kummpulan Kopratasa juga telah hadir untuk menyertai Malaysian Book of Record ini. Satu tepukan gemuruh dan mereka yang hadir ini wajar dipuji kerana walaupun telah tersohor nama mereka dalam dunia hiburan tanah air kita, tetapi mereka tetap hadir bahkan duduk sebaris dengan para peserta. Mereka telah mengetepikan kehebatan mereka dan buang ego mereka sejauh-jauhnya dan berfikir dengan bijak untuk menyertai acara ini tanpa memikirkan reputasi mereka sebagai seorang artis. Mereka wajar dijadikan contoh kepada artis-artis yang lain yang hanya mementingkan publisiti dan wang ringgit sahaja. Syabas diucapkan kepada mereka!
         Pihak kebudayaan UKM telah bermurah hati dengan mengadakan cabutan bertuah semasa sesi latihan berlangsung dengan menghadiahkan sebuah gitar kepada calon-calon yang bertuah. Sebelum itu, para peserta telah diberikan tag peserta dan kami juga telah diberikan nombor. Nombor itulah yang harus disimpan untuk cabutan bertuah pada setiap sesi latihan. Gitar berjenama Santa Cruz menjadi habuan setiap peserta dan membuatkan hati para peserta berdebar-debar setiap kali nombor cabutan bertuah dicabut. Siapa yang tidak mauhan gitar free=). Santa Cruz pulak 2 hehe.
         Penulis juga sempat bergambar dengan beberapa artis yang lain=P....JANGAN JELES HAAA...hehe




a) Tag peserta 1000 gitar UKM


b) Para peserta 1000 gitar UKM


c) Bendera Malaysia Inovatif


d) Ragam peserta 1000 gitar UKM



e) Gua rock star beb!!


No comments:

Post a Comment