Sunday, January 2, 2011

Bayan Maghrib semalam...

        


         Kita sebagai manusia di dunia ini telah ditugaskan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini musuh yang nyata bagi manusia adalah Syaitan. Oleh yang demikian, manusia xakan terlepas daripada bisikan dan hasutan syaitan walaupun sesaat. kerana memang syaitan ini ditugaskan untuk menyesatkan manusia dan apabila manusia terhasut oleh bisikan syaitan ini, maka kita akan melakukan dosa. (sebab syaitan ini menyuruh manusia kepada melakukan dosa). Jadi, pada satu hari, ada sahabat rasullah pernah jalan melepasi kubur seseorng lalu dia pun menangis dengan tangisan yang bersungguh2 sehingga basah janggut beliau. Lalu para sahabat yang lain pun bertanya mengapa dia menangis? Dia pun menjawab " ini merupakan persinggahan yang pertama, kalau gagal di persinggahan ini, maka akan gagal lah segalanya di sana". Ucapnya. Oleh yang demikian, sesuailah kita pada tahun baru ini. setiap manusia akan menanam azam masing2 sempena tahun baru.
         Persoalannya, azam yang macam mana? Jadi saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian yang terbaca entri blog saya ini dan juga sebagai peringatan kepada saya sendiri marilah kita sama-sama azam untuk mengurangkan perbuatan dosa. Hal ini kerana azab di akhirat kelak sungguh pedih. Api neraka telah dibakar selama 3000 tahun akhirat. 1000 tahun yang pertama, apineraka dibakar sehingga apinya menjadi warna merah. 1000 yang kedua api neraka dibakar menjadi warna biru dan 1000 tahun yang terakhir api neraka dibakar menjadi warna hitam. Ulama' kata hitamnya api neraka itu sehinggakan kita tidak dapat melihat tangan kita sendiri di dalam api neraka tersebut dek kerana hitamnya api tersebut. Panasnya api neraka pula, kalau terkeluar api sebesar hujung jari kelingking kita di bumi ini maka nescaya akan matilah seluruh pokok-pokok yang berada di bumi ini. Jika baju neraka dipakaikan di bumi ini pula, ulama' kata akan hancur binasalah bumi menjadi debu. Betapa dahsyatnya api neraka itu.
         Jadi, matahari yang juta2 tahun jaraknya dari bumi ini pun dah panas, inikan pula api neraka. Kalau lighter nak cucuh rokok pun dah panas kalau terkena jari, inikan pula api neraka tuan2...Di tahun baru ini, saya mengajak kawan2 semua menanam azam untuk cintakan Allah dan jauhi segala larangannya. Buatlah kebaikan dan amal ibadah selagi hayat dikandung badan, selagi tubuh masih gagah perkasa. Jangan kita tunggu usia dah lanjut baru nak beramal ibadah. Kerana masa 2 badan dah xkuat nak buat kerja2 ibadah ni..Jom sama2 kita tanam azam yang macam ni di tahun baru 2011 ini =)
Selamat datang tahun 2011 selamat tinggal 2010.....


No comments:

Post a Comment